Stamina
Seperti biasa, saya menapak ke lif untuk naik ke lab di tingkat 3. Sampai di depan lif, ada seorang makcik cleaner yang agak berusia berbanding makcik-makcik cleaner yang lain, baru juga sampai kat situ. Dan makcik tu bersuara, “Laa… baru nak naik ke..”. Saya memandang ke paparan yang menunjukkan pergerakan lif. Betul, lif baru je bergerak naik ke tingkat 1. Menandakan kami perlu tunggu lebih lama sebelum dapat naik ke atas. Makcik cleaner tadi terus berjalan ke arah tangga ‘berlingkar’ yang ada di sebelah kanan kami dan naik ke atas menggunakan tangga. Fikir saya, mungkin dia hanya naik ke tingkat 1 dan mahu cepat, sebab tu dia sanggup gunakan tangga. Dan saya terus menunggu lif, tak sanggup panjat tangga kerana terasa penat berjalan dari bangunan kulliyyah bersebelahan. Saya masuk sebaik saja lif terbuka, dan saya nampak yang makcik tadi dah hampir sampai ke kepala tangga tingkat . Tiba di tingkat 3, saya keluar daripada lif. Dan apabila saya toleh ke kiri, ...