Tips Menghafaz al-Quran 2

7. Mulakan hafal ayat yang pertama. Baca berulang-ulang kali (berapa kali, bergantung kepada kekuatan ingatan anda) sehingga anda yakin sudah mampu menguasai ayat tersebut. Ada yang mengatakan perlu diulang 60 kali untuk betul-betul ingat ayat tersebut. Saya pernah mencuba dulu; agak berkesan bagi saya, tapi tidak mampu untuk diteruskan kerana kekangan masa.

8. Setelah ayat pertama lancar, teruskan hafal ayat yang kedua. Lakukan perkara yang sama (langkah 7) sehingga lancar hafalan untuk ayat tersebut.

9. Setelah dua ayat dapat dikuasai, ulang kembali ayat yang pertama dan ayat yang kedua. Jangan terus masuk pada ayat yang ketiga sehingga anda betul-betul yakin telah dapat menguasai kedua-dua ayat tersebut.

10. Ulang langkah (6-9) untuk ayat-ayat yang seterusnya sehinggalah habis satu page.

11. Setelah satu page telah habis dihafal, cuba ulang kembali hafalan dari ayat pertama hingga ayat terakhir. Anda mungkin akan mengalami kesukaran untuk mengingatinya atau untuk connect satu ayat dengan ayat yang seterusnya untuk kali pertama cubaan anda, walaupun anda telah berkali-kali mengulanginya sebelum itu. Itu perkara biasa. Tapi bagi saya, dalam kaedah menghafal al-Quran, tidak ada cara lain yang berkesan melainkan ulangan yang berterusan.

12. Bagi mereka yang agak sukar untuk mengingati satu page, mungkin boleh dibahagi dua page tersebut. Hafal dan ulang ayat-ayat untuk the first half page, kemudian baru diteruskan hafal ayat-ayat untuk the second half page. Setelah selesai, cuba ‘connect’ kedua-dua bahagian tersebut, supaya akhirnya anda juga dapat hafal keseluruhan page.

13. Di akhirnya, kerana anda juga telah memulakan hafalan dengan doa dan tertibnya, tamatkan hafalan anda dengan doa juga, semoga apa yang telah dihafal kekal di ingatan.

Bersambung...

Comments

Azila said…
subhanallah../
tips2 y mmg bnyk mbantu ila...

bnyk jg ye tips, doakan ila moga dmudahkan hafalannya
nasuha said…
insya Allah, smg kita semua dipermudahkan Allah utk hafaz, kekal ingat dan amalkan kndungan kalamNya..

Popular posts from this blog

Yang Patut Kita Ambil Tahu 1 - Gerakan Kristianisasi

Allah Lihat pada Usaha

"Inni Shoimun"