Maaf atau Alasan?
Kalau buat salah dengan orang, apa yang mula-mula sekali dibuat? Mengucapkan sepatah ucapan “maaf” kepada orang tersebut, atau memberikan alasan atau sebab yang panjang berjela-jela atas kesalahan yang kita buat? “Saya terlewat sebab tadi ada…… Maafkan saya ye.” (atau langsung tak ada ucapan maaf) “Mintak maaf ye. Saya datang lewat sebab….” Meletakkan prioriti ucapan maaf di belakang alasan bukan satu tindakan yang bijak. Malah mungkin hanya akan menambahkan marah dan sakit hati orang tu. Perbuatan tu seolah-olah menunjukkan kita lebih cenderung untuk membela diri sendiri berbanding dengan mengakui kesalahan. Kadang-kadang orang bukannya nak dengar sangat alasan atau sebab kita lakukan kesalahan tu, tapi ucapan maaf yang paling nak didengar. Dan tak salah merendahkan diri untuk tetap memohon maaf, walaupun secara dasarnya kesalahan tu bukan berpunca daripada diri kita ataupun sememangnya tak boleh dielakkan. Andai tiada ucapan maaf, walau serasion...