Kebersihan tu common sense, betul tak??

Kalau singgah di tandas awam, pasti tandas yang bersih yang dipilih. Tapi, tak semua yang keluar daripada tandas, akan meninggalkannya dalam keadaan yang sama. Ada yang meninggalkan tandas dalam keadaan bersih sepertimana sebelum dia masuk.  Tapi ada juga yang keluar dengan meninggalkan sampah dan ‘sisa’ yang tak sepatutnya. Agaknya mereka tahu nanti cleaner pasti akan bersihkan tandas jugak, atau mungkin mereka harapkan the next person yang masuk akan tolong bersihkannya…??
Semasa saya tinggal di hostel dulu, sinki di pantry selalu tersumbat sebab sisa makanan dibuang terus ke dalam sinki. Walaupun notis ditampal sebagai peringatan, tapi ada juga yang tak ambil endah. Akhirnya, semua orang tak dapat lagi menggunakan sinki yang dah penuh dengan air kotor yang tersumbat, including those irresponsible people. Dan, seperti biasa makcik cleaner atau pihak maintenance yang terpaksa membersihkan atau membetulkan semuanya.
Ada orang yang boleh dikategorikan sebagai pembersih, dan ada juga yang pengotor; semuanya berdasarkan tingkah laku dan amalan hidup seharian yang bisa dilihat dengan mata kasar. Namun begitu, saya kira fitrah manusia suka pada benda dan persekitaran yang bersih dan elok, malah orang yang pengotor pun pasti mengakui yang kebersihan tu is a good thing, cuma tak semua orang mengamalkan kebersihan.
Tapi bagaimana mungkin kita boleh menikmati keadaan dan persekitaran yang bersih dan sempurna andai kita sendiri tak buat dan tak menyumbang ke arah itu, sebaliknya menyusahkan orang lain pula.
Kita bernasib baik kerana masih wujud lagi pekerjaan sebagai cleaner dan masih ada lagi insan yang sanggup bekerja mencuci tandas dan kemudahan awam yang biasa kita gunakan. Jauh sekali niat saya untuk merendahkan pekerjaan yang halal ni, tapi point saya adalah sesetengah kita nampaknya meletakkan sepenuhnya tugas menjaga kebersihan di bahu mereka sehinggakan benda-benda senang seperti flush tandas pun malas nak buat. Apa salahnya kita ringankan tugas mereka dengan menolong membersihkan sampah dan sisa yang kita sendiri buat. Kadang-kadang saya rasa ada antara kita yang dah tak ada common sense sehinggakan perkara sebegitu pun perlu diberitahu, seolah-olah tak dapat nak fikir sendiri.
Semuanya kerana kebiasaan. Terbiasa untuk tidak bertanggungjawab dengan kebersihan tempat sekeliling. 
Tapi kebiasaan tak seharusnya dijadikan alasan. Lebih-lebih lagi kebiasaan yang tak elok.
Sukakah kita apabila dicop sebagai seorang Muslim yang  pengotor?

Comments

smge Allah lindungi kite smua...
As said…
Teringat ada kawan tanya ape common sense in malay.
Ada kawan jawab
"reti bahasa"

Heh.
nasuha said…
setuju dgn kwn As.

so, xde common sense maksudnya tak reti bahasa.

Popular posts from this blog

"Inni Shoimun"

Allah Lihat pada Usaha

Adab Orang yang Meminjam