Tak selalunya macam tu
Sejak dari sekolah menengah hingga tamat belajar di IPTA, Allah Taala telah takdirkan saya untuk menuntut ilmu di tempat dan suasana yang baik dan masih boleh mendorong saya untuk sama-sama melakukan kebaikan. Syukur kepada-Nya atas peluang dan nikmat yang diberikan. Bukan bermaksud meninggi diri, tapi Alhamdulillah sepanjang tempoh itu, saya tak perlu terlalu risau untuk menjaga diri daripada gejala sosial yang makin merebak. Sebabnya, di sekeliling saya, ramai yang sama-sama juga berusaha untuk menjadi baik dan mengajak orang lain ke arah kebaikan. Dan semua itu menjadi sokongan yang kuat buat diri sendiri. Saya pernah merasakan yang saya adalah antara insan yang sangat bertuah kerana dicampakkan Allah ke daerah yang baik sepanjang tempoh pengajian. Namun sekarang persepsi saya sedikit berubah setelah beberapa kali berada dan merasai sendiri suasana di sebuah kolej di sini. Sebuah kolej biasa, yang pada pandangan peribadi saya tidak terlalu Islamik, dan agak susah untuk survi...