Yang Patut Kita Ambil Tahu 1 - Gerakan Kristianisasi
Gerakan Kristianisasi di seluruh dunia secara umumnya berlaku lanjutan dan kesinambungan daripada dendam orang Kristian terhadap Islam dalam siri-siri peperangan Salib. Laungan “Gold, Glory and Gospel” yang pernah kita belajar daripada buku-buku sejarah dulu menzahirkan tujuan mereka menyerang dan menakluki negara dan tanah Islam seluruh dunia ketika itu, iaitu untuk mencari kekayaan, kemegahan dan menyebarkan ajaran Injil (Bible). Penjajah Portugis, Sepanyol dan Inggeris giat melakukan usaha penjajahan dan penyebaran Kristian di seluruh dunia. Portugis dan Sepanyol sebenarnya bermusuh dan berperang sesama mereka, tapi dalam hal penyebaran agama Krisitian dan menentang Islam, mereka bersatu. Perjanjian Tordesillas 1494 antara Portugis dan Sepanyol membuktikan perkara ini. Perjanjian di bawah naungan dan bimbingan gereja dan Pope ketika itu menyaksikan pembahagian dunia kepada dua bahagian untuk tujuan mengkristiankan seluruh masyarakat dunia di Timur dan Barat. Bahagian sebelah ...