Roda yang Berputar
Hidup ini ibarat putaran roda. Ada masanya kita berada di atas, dan ada masanya kita berada di bawah. Tetapi ramai yang masih tak sedar hakikat ini. Atau mungkin tak mahu menerima hakikat ini. Ada orang yang dikurniakan kejayaan demi kejayaan dalam apa jua yang dilakukan, tapi pada suatu ketika, tiba-tiba kehidupannya jatuh merudum. Dan dia sangat kecewa hingga tak dapat menerima takdir yang menimpa. Ada orang lain pula berkali-kali mengalami kegagalan dalam setiap pekerjaan dan urusannya walaupun telah berusaha sehabis daya. Dan akhirnya dia sudah berputus asa untuk berharap dengan Allah Taala. Padahal kalau dia berusaha dan bersabar sedikit saja lagi, mungkin Allah akan kurniakan rezeki yang mencurah-curah kepadanya. Kita harus yakin bahawa kita tak akan selama-lamanya berada pada tempat dan kedudukan yang sama. Maka ketika mengecap kebahagiaan dan kesenangan, jangan terlalu gembira dan bersenang-lenang sehingga lupa diri. Nikmat itu boleh ditarik bila-bila masa dalam sekelip mata. D...