Influenza A H1N1 kini pandemik!



Tidak sampai 2 bulan kemunculannya diumumkan WHO, influenza A H1N1 semalam diisytiharkan pandemik oleh Director-General WHO dan pandemic alert dinaikkan ke fasa 6, iaitu fasa yang tertinggi dalam pandemic phases yang dikeluarkan WHO.

Walaupun influenza pandemic masih di tahap awal dan kesannya masih di tahap sederhana, tapi rasanya pengumuman sebegitu mampu membimbangkan seluruh penduduk dunia terutamanya mereka yang berada di negara-negara yang mencatatkan bilangan kes dan kematian yang tinggi. Di negara kita sendiri, ketika awal-awal kemunculan penyakit ni, tiada kes jangkitan influenza A yang dilaporkan, tapi sekarang kes jangkitan dah pun meningkat kepada 11 kes walaupun semua kes tersebut adalah kes 'import'.

Ketika dunia diserang influenza A yang disebabkan H5N1 strain beberapa tahun lalu, saya masih belajar di sekolah menengah. So, waktu itu saya tak ambil kisah sangat dengan isu kesihatan global. Tetapi kini baru saya tahu kenapa kewujudan wabak selesema yang asalnya dibawa oleh haiwan dan kemudiannya menjangkiti manusia ini menyebabkan seluruh dunia gempar.

Selesema memang biasa terjadi di kalangan kita dan biasanya sistem pertahanan badan mampu melawan influenza virus yang menyebabkan selesema di kalangan manusia. Tapi apa yang terjadi sekarang adalah influenza virus yang menyerang spesies haiwan mengalami antigenic shift yang menyebabkan virus ini mampu 'melompat' dari satu spesies haiwan ke spesies yang lain, termasuk manusia. Dan, antibodi tubuh tidak mampu lagi mengenal dan melawan virus yang membawa antigen baru dalam badan manusia.

Apa yang membimbangkan adalah, setelah virus ini mampu memasuki dan menjangkiti badan manusia, selesema tersebut dengan mudahnya dapat disebarkan di kalangan manusia tanpa memerlukan perantaraan haiwan pembawa (dalam kes ini babi) lagi. Kita sendiri tahu yang selesema memang mudah berjangkit dan boleh disebarkan melalui udara yang kita sedut setiap saat.

Dalam menyekat penyebaran ancaman wabak maut ini, kita mesti menjaga kebersihan diri yang paling basic seperti kerap membasuh tangan dengan sabun dan air yang bersih, menutup mulut dan hidung ketika bersin dan tidak membuang merata-rata kertas tisu yang telah digunakan. Semua mampu melakukannya, tinggal hanya sikap kita sendiri sama ada mengambil berat ataupun meremehkan kebersihan dan kesihatan diri sendiri.

Sebagai umat Islam, kita tidak hanya perlu melihat wabak yang melanda ini dari sudut scientific theory semata-mata. Setiap penyakit yang melanda kita hari ini terutamanya yang bersifat global dan menyebabkan banyak kematian merupakan peringatan, amaran dan mungkin bala daripada Allah Taala atas kelalaian, dosa dan maksiat yang dilakukan manusia di atas muka bumi Allah ini.

Sama-sama kita beristighfar memohon ampun dan berusaha menghapuskan kemungkaran yang berlaku dengan segala daya yang kita ada. Semoga kita terlindung daripada azab dan bala Allah Taala di dunia.

Comments

Popular posts from this blog

Allah Lihat pada Usaha

Yang Patut Kita Ambil Tahu 1 - Gerakan Kristianisasi

"Inni Shoimun"