"Seminit je kak!"

"Assalamualaikum kak..bagi saya seminit je. Kat sini saya ada jual buku........... tulisan ............. Bagus buku ni kak! Harganya murah je.."

Kebelakangan ni, kalau keluar ke bandar, saya dah agak 'fobia' untuk duduk dalam kereta, sementara menunggu family saya settlekan urusan mereka, disebabkan tak ada parking kosong. Banyak kali juga saya 'diserang' penjual-penjual buku yang saya sendiri tak tahu dari syarikat mana. Sebelum ni, jarang sekali saya 'diserang' macam tu. Pernah satu hari, saya didatangi tiga orang at different time yang menjual buku yang sama. Penat juga nak melayan.

Saya tahu mereka pun hanya mencari rezeki. Mereka tak salah, dan cara mereka juga tak salah. Buku-buku yang dijual pun kebanyakannya buku-buku agama, memang bagus pun sebenarnya. Cuma setiap kali saya dipromote dengan buku-buku tu, teringat pula berderet buku-buku di rumah dan mahallah yang masih menunggu turn untuk dihabiskan. Akhirnya, saya hanya mampu tersenyum dan mengatakan,

"Tak apalah, terima kasih, akak tak nak."

Rasa kesian juga sebenarnya pada mereka sebab ke hulu ke hilir dalam panas terik menjual buku, tapi disebabkan tak ada jaminan yang saya boleh maintain baca buku tu hingga page yang terakhir, saya terpaksa menolak. Apa lagi kalau buku tu dibeli secara 'paksa rela' sebab dipujuk dan didesak si penjual buku. Mungkin saya hanya belek-belek, kemudian letak di rak buku.

Walaupun agak fobia dan kadang-kadang tension terutama time nak menolak dan mengatakan "saya tak nak beli", tapi saya kagum dengan kesungguhan mereka. Dalam cuaca panas, mereka sanggup berjalan, pergi dari satu kereta ke kereta lain. Beli atau tak, itu belakang kira, yang penting mereka cuba promote buku yang mereka jual. Sebab mereka tahu, setiap buku yang terjual adalah pendapatan mereka untuk hari itu melalui komisyen yang akan mereka dapat.

So, walaupun kita tak beli buku jualan mereka, cuba contohi sikap mereka; bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan dan tidak mudah menyerah sebelum berusaha sebab matlamat kita adalah untuk mendapat redha Allah dan semua usaha kita ada nilaiannya di sisi Allah.

Dan, siapa tahu, walaupun mereka tak dapat apa-apa sebab kita tak beli produk mereka, tapi mereka dapat pahala free sebab menunjukkan contoh akhlak yang baik dan kita pula mencontohi dan mengamalkan sikap tersebut kemudiannya.

Comments

Popular posts from this blog

"Inni Shoimun"

Allah Lihat pada Usaha

Adab Orang yang Meminjam