Nostalgia Persahabatan
Salaamullahi 'alaikum. Agak lama saya tidak post sebarang entry baru. Kecewa dengan diri sendiri kerana turut sama 'bercuti' daripada menulis seiring dengan cuti 2 minggu yang diberikan sempena sambutan 'eidul fitri. Bilangan entry bulan ini juga kurang daripada biasa. Memandangkan hari ini adalah hari terakhir untuk bulan September, saya ambil juga sedikit masa untuk menulis sesuatu sekadar perkongsian bersama. 'Eidul fitri tahun ini, saya berpeluang beraya dan bertemu dengan rakan-rakan lama sekolah, satu aktiviti tahunan yang dah lama saya tinggalkan selepas tamat persekolahan. Reunion SMKATJ batch 1999-2003 yang diadakan pada hari raya keempat lalu menemukan kembali saya dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa. Walaupun bilangan yang hadir saya agak hanya 1/6 daripada total student batch kami, tapi saya kira itu sudah memadai daripada terus lost contact dengan mereka. Antara rakan-rakan saya, ada yang baru graduate , ada yang sedang samb...