Posts

Showing posts from October, 2009

Nikmat Sihat

Apabila Allah ingin menarik sesuatu nikmat daripada kita, sekejap sahaja nikmat itu akan ditarik daripada kita, dan kita tidak lagi dapat lagi merasai dan menikmati apa yang telah Allah kurniakan sebagaimana sebelumnya. Dan di saat nikmat itu telah hilang, barulah kita mengakui betapa besarnya nikmat tersebut, yang mungkin selama ini tidak pernah kita sedari dan syukuri. Tidak perlu pergi jauh-jauh, lihat dan renung sahaja nikmat kesihatan yang Allah berikan pada kita saat ini. Dengan adanya nikmat tersebut, kita boleh belajar, bekerja,makan, bersukan, dan melakukan semua perkara yang diingini. Kita mampu bergerak cergas ke mana sahaja tanpa halangan kesihatan. Tetapi andai nikmat kesihatan ditarik, semua aktiviti lain akan turut terganggu. Kita hilang fokus pada pelajaran dan kerja, hilang selera makan, tidak boleh beribadah dengan sempurna, tidak mampu tidur nyenyak, lesu, pergerakan yang terbatas dan kita mungkin hanya mampu terlantar di atas katil. Malah, kita mungkin tidak mam...

Caning for Consuming Alcohol - Is It Fair?

Image
Intellectual Discourse: Caning for Consuming Alcohol - Is It Fair? Date: 22nd October 2009 Time: 8.30 - 11.30 pm Venue: Auditorium Kulliyyah of Medicine, IIUM Kuantan Campus Panelists: 1) YB Dato' Hj Mohamad Sahfri b. Abd Aziz                    - Pengerusi jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-badan Bukan Kerajaan  (NGO)                2) Ust Hj Nasarudin b. Hj Hassan Al-Tantawi                    - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat                3) Mr Mohd Najid b. Husin                    - Peguam Syari'e Pahang       ...

I-QUEST 2009

Image
I-Quest (IIUM Kuantan Festival) 2009 akan berlangsung selama 3 hari bermula hari  ini, 16 oktober 2009 (Jumaat) sehingga 18 Oktober 2009 (Ahad). Tentatif penuh I-Quest 2009: Antara banyak-banyak program, anda mungkin tertarik dengan yang ini: Dan juga yang ini: Selain itu, gerai PEMBINA Pahang juga akan dibuka sepanjang festival. Antara barangan yang dijual termasuk buku-buku dari Saba Islamic Media, t-shirt labuh keluaran pelbagai company dan juga makanan dan minuman. Klik di sini untuk promo penuh gerai PEMBINA Pahang. Sama-sama memeriahkan I-Quest 2009 dengan berkunjung ke tapak festival di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan. Semua pengunjung dialu-alukan.

Kita Bukan Spesies Burung Hantu

Image
Kebelakangan ini saya kerap stay up sampai ke Subuh. Semuanya gara-gara menyiapkan draft term paper untuk subjek English for Academic Purposes (EAP) – last minute ! Kopi Radix dan radio Ikim.fm jadi teman setia saya setiap malam. Bukannya tak biasa buat begini sebelum ini, tapi biasanya saya akan selang-selikan. Malam ini stay up dan malam esoknya tidur awal. Tapi kali ini 3 atau 4 hari direct saya stay up . Kesannya, pada waktu siang, saya terasa seolah-olah berada di awang-awangan, tak berpijak di bumi nyata. Dan kesannya lagi, saya mengalami keletihan berganda-ganda selepas itu, especially time weekend . Tidur maksimum untuk seorang dewasa (6 jam) pun tak mampu menghilangkan rasa letih dan mengantuk yang dialami. Sebenarnya, apa yang nak dihairankan dan dikisahkan? Ramai yang berjaga malam, tak tidur sampai pagi kerana menyiapkan kerja masing-masing - assignment, lab report, presentation, research paper, study untuk exam atau apa-apa sahaja. Terpaksa mengikut biological cl...

Baguskah Islam Kita?

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Daripada keelokan Islam seorang ialah meninggalkan apa yang tidak berguna kepadanya." (Hadis Hasan, Riwayat Tarmizi) Berdasarkan huraian hadis, seorang Muslim yang baik dan bagus Islamnya tidak akan melakukan perkara yang tidak berguna kepadanya dan juga meninggalkan percakapan yang sia-sia dan tidak berfaedah. Renungkan, berapa banyak kata-kata dan perbuatan yang sia-sia, tidak berguna dan tidak berfaedah yang kita ungkapkan dan lakukan dalam sehari? *Hadis ke-12; Hadis 40, Mustafa 'Abdul Rahman.