Kita Bukan Spesies Burung Hantu
Kebelakangan ini saya kerap stay up sampai ke Subuh. Semuanya gara-gara menyiapkan draft term paper untuk subjek English for Academic Purposes (EAP) – last minute! Kopi Radix dan radio Ikim.fm jadi teman setia saya setiap malam.
Bukannya tak biasa buat begini sebelum ini, tapi biasanya saya akan selang-selikan. Malam ini stay up dan malam esoknya tidur awal. Tapi kali ini 3 atau 4 hari direct saya stay up. Kesannya, pada waktu siang, saya terasa seolah-olah berada di awang-awangan, tak berpijak di bumi nyata. Dan kesannya lagi, saya mengalami keletihan berganda-ganda selepas itu, especially time weekend. Tidur maksimum untuk seorang dewasa (6 jam) pun tak mampu menghilangkan rasa letih dan mengantuk yang dialami.
Sebenarnya, apa yang nak dihairankan dan dikisahkan? Ramai yang berjaga malam, tak tidur sampai pagi kerana menyiapkan kerja masing-masing - assignment, lab report, presentation, research paper, study untuk exam atau apa-apa sahaja. Terpaksa mengikut biological clock kebanyakan spesies burung hantu – berjaga waktu malam dan tidur di waktu siang (bukan insomnia).
Saya teringat pada tafsir ayat 9-11 Surah an-Naba’ yang pernah saya bincangkan dengan adik-adik usrah. Maksudnya,
“Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat? Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)? Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) – masa untuk mencari rezeki?
Jelas, malam adalah waktu untuk berehat dan siang untuk bekerja dan melakukan pelbagai aktiviti. Sebenarnya ayat-ayat tentang kejadian dan fungsi malam dan siang telah disebutkan dalam banyak surah di dalam al-Quran, dan saya telah berulang kali membacanya.Tetapi, adakah saya mengambil pengajaran daripadanya?
Saya terasa bersalah pada diri sendiri kerana sesuka hati melanggar hak yang telah Allah tetapkan untuknya. Juga pada Allah kerana tidak menjaga amanah yang diberikan. Saya memaksa diri bekerja di luar batasan dan kemampuan dan tidak menunaikan haknya untuk berehat pada waktu yang ditetapkan. Kalaulah tangan, kaki, otak, mata dan segala pancaindera ini boleh bercakap, pasti mereka akan mengutuk saya. Dan lebih teruk lagi, adakah saya akan didakwa di akhirat sana kerana tidak menjaga amanah yang diberikan?
Sebenarnya, tiada masalah kalau ingin berjaga malam, menyiapkan tugasan atau study sehingga ke waktu subuh. Sememangnya waktu begitu sangat sesuai, tenang, dan bebas daripada gangguan-gangguan luaran. Tetapi seeloknya tidur dahulu 3 atau 4 jam untuk merehatkan diri dan memulihkan tenaga. Dan, apabila sudah bangun tidur awal, boleh dilaksanakan solat sunat tahajjud sebelum menyiapkan tugasan. Untung kan, 2 dalam 1?
Tapi kebanyakan kita, kalau sudah tidur, memang susah nak bangun semula. Rasanya semua itu perlu dibiasakan setiap hari, dan mungkin boleh diambil semangat berqiamullail daripada Ramadhan yang lalu. Kalau kita ‘memaksa’ mata untuk dibuka dan ‘mengarahkan’ badan untuk turun dari katil awal-awal pagi, on time, insya Allah lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan dan rutin harian kita.
Akhir sekali, jaga kesihatan diri sebaik mungkin dengan rehat secukupnya dan tepat waktunya. Jangan sesuka hati memaksa tubuh badan dan otak kita bekerja berlebih-lebihan semata-mata untuk memenuhi keperluan kita. Kesihatan tubuh badan adalah amanah Allah yang perlu dijaga dan dipelihara dan akan ditanya di akhirat kelak. Layakkah kita, yang hanya berstatus hamba dan diamanahkan pula menjaga barang amanah Tuan kita, berbuat sewenang-wenangnya?
Comments
kdg2 saya pun jadi burung hantu@kelawar jugak..hehe.memang x boleh nak elak la,tetap kena stay up bila byk kerja xsiap...terutama bila dah jadi pelajar uni ni...masa sekolah dulu,memang x berani nak stay up.
btul2, kdg2 memg x blh avoid. especially course yg super duper bz mcm afzan. hehe..
tp bila otak dah bagi 'signal' x blh terima apa2 lg,that's a sign that we've to stop n take a rest. kite aje yg paham tubuh badan sndiri kan?