Baguskah Islam Kita?

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Daripada keelokan Islam seorang ialah meninggalkan apa yang tidak berguna kepadanya."
(Hadis Hasan, Riwayat Tarmizi)

Berdasarkan huraian hadis, seorang Muslim yang baik dan bagus Islamnya tidak akan melakukan perkara yang tidak berguna kepadanya dan juga meninggalkan percakapan yang sia-sia dan tidak berfaedah.

Renungkan, berapa banyak kata-kata dan perbuatan yang sia-sia, tidak berguna dan tidak berfaedah yang kita ungkapkan dan lakukan dalam sehari?

*Hadis ke-12; Hadis 40, Mustafa 'Abdul Rahman.

Comments

Popular posts from this blog

Pendiam, peramah, atau banyak cakap?

"Inni Shoimun"

Yang Patut Kita Ambil Tahu 1 - Gerakan Kristianisasi