Halal ke ni??
Sekarang ni, makin banyak produk makanan ringan yang diiklankan dan dijual di pasaran. Kalau waktu sekolah rendah dulu, saya hanya kenal beberapa makanan ringan yang popular seperti Twisties, Maggi, Mamee, dan Choki choki, tapi sekarang, macam-macam yang keluar. Dan yang menariknya, semuanya sedap-sedap. Tak makan nasi pun tak apa, sudah kenyang dengan sebungkus makanan ringan yang hanya berharga seringgit ke dua ringgit.
Rasanya tak perlu lagi saya sebutkan tentang betapa tak sihat dan tak eloknya makan benda-benda macam ni, apatah lagi dijadikan sebagai makanan harian. Siap ada stok lagi di rumah atau di hostel. Semua orang rasanya sudah maklum dengan kandungan monosodium glutamate (MSG) dan juga kolesterol yang tinggi dalam makanan-makanan ringan.
Apa yang lebih menarik perhatian saya adalah tentang email-email yang saya terima tentang sesetengah makanan ringan yang dijual secara terbuka di pasaran, mengandungi pig fats yang totally diharamkan dalam Islam tanpa kita sedar. Sebab kebanyakannya represented by certain codes yang kita tak tahu pun maksudnya. Memang tidak akan tertulis secara obvious di bahagian ingredients yang makanan ni mengandungi pig fats kerana ia mungkin satu strategi dalam perniagaan untuk mengelakkan kerugian. Kalau terang-terangan ditulis, pasti orang Islam tak akan beli, dan itu sudah tentu menyebabkan kerugian kerana umat Islam mempunyai kuasa beli yang tinggi.
Mungkin ada yang mengatakan email-email forward ni tak semestinya betul, mungkin hanya khabar angin, dan tak boleh kita percaya sangat. Itu betul, memang kita perlu selidik terlebih dahulu tentang kebenaran sesuatu perkara. Contohnya, minggu lepas, saya ada menerima satu forwarded email yang mendedahkan tentang satu produk makanan ringan, keropok udang ROTA, yang mengandungi kod E110 pada bahagian ingredients nya. Dan kod E110 itu adalah antara lebih 50 E-kod lain yang represent pig fats. Saya cuba search roughly info tentang kod E110 ni; ada yang mengatakannya haram dan ada yang mengatakan halal. Mungkin depend on daripada mana sources bahan tersebut. Saya juga keliru dan kurang pasti.
Tapi bagi saya, apabila berhadapan dengan keadaan sebegini, ia telah termasuk dalam perkara meragukan. Mungkin tidak meragukan orang lain, tapi meragukan diri saya sendiri. Dan perkara-perkara yang meragukan begini lebih baik dijauhkan. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal makanan dan minuman kita, yang akhirnya akan menjadi darah daging kita.
Dari Abu Muhammad al-hasan bin Abi Talib cucu Rasulullah SAW dan kesayangannya r.a. katanya: Aku telah menghafaz dari Rasulullah SAW (sabdanya iaitu):“Tinggalkanlah barang yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau.”
(Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)Mungkin ada juga yang mengatakan, apa yang perlu difikirkan dan dirisaukan sangat. Cop halal JAKIM dah terang-terang ada pada pembungkusnya. Maksudnya, pihak JAKIM dah beri kelulusan dan jaminan makanan itu halal, tak perlu lah kita nak selidik apa-apa yang di luar penegetahuan kita. Kalau betul makanan itu tak halal, pihak JAKIM yang akan menanggung dosa. Kita sudah terlepas daripada dosa tersebut kerana kita tak tahu apa-apa.
Kadang-kadang, saya juga mengambil pandangan begitu. Tapi tak mustahil kan, penyelewengan mungkin berlaku. Makanan yang mengandungi bahan-bahan yang haram, tapi di’halal’kan dengan sebab ‘menolong’ pihak-pihak yang berkepentingan. Atau pun, ketika pemeriksaan dijalankan pihak JAKIM, semuanya ‘clean and clear’. Tapi apabila di luar pengetahuan mereka, bahan-bahan yang diharamkan dicampurkan sekali. Akhir zaman ni semua boleh berlaku.
Terpulanglah kepada kita untuk berpegang pada yang mana. Bagi yang ingin betul-betul menjaga kebersihan diri, dan paling penting kebersihan hati, pastinya akan mengelakkan segala perkara yang diharamkan termasuklah perkara yang syubhah. Rasanya, kita tak akan mati pun kalau tak dapat makan makanan ringan yang sedap-sedap sekarang ni. Lagipun, seperti yang saya katakan tadi, kebanyakannya tak ada khasiat malah memudharatkan kesihatan, terutamanya jika diambil secara berlebihan.
Harus diingat, selain mementingkan sesuatu makanan atau minuman itu halal, Islam juga menekankan umatnya supaya memilih makanan yang baik-baik sahaja. Dan, sudah tentu kita tak dapat menafikan, apa yang disuruh oleh Allah itu pasti ada hikmahnya.
“Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya, syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”
(al-Baqarah: 168)
Wallahu a’lam.
Comments
Mereka mengaku beragama Islam tetapi mereka hanya berserah kepada nasib. Perlu diketahui bahawa berserah kepada nasib dan berserah kepada Allah adalah berbeza sama sekali terutamanya dari segi niat dan perbuatan.
Makanan yang bercop tapi diragui juga tidak sepatutnya dimakan. Kita diberi akal untuk menilai dan kitalah yang wajib menjaga diri sendiri kerana tubuh badan adalah satu amanah yang dituntut untuk dijaga dalam Islam.
Salah satu tugas pemimpin adalah berusaha dan menasihati rakyat perihal tuntutan Syariat Islam. Pemimpin yang gagal menyedarkan rakyat betapa pedihnya seksaan Allah akibat dari melalaikan Syariat adalah pemimpin yang tidak berguna.