Selamat Bercuti dan Berpraktikum!

Selamat bercuti untuk semua classmates. Selesai briefing Industrial Training pagi tadi, nampaknya macam dah ramai yang mengangkut beg-beg dan kotak-kotak besar pulang ke rumah masing-masing.

Cuti kami kali ini agak berbeza. Bukan bercuti sepenuhnya. Selain bersama beg-beg yang luar biasa besar dan banyak, kami ada misi yang tersendiri yang mesti diselesaikan. Misi menyempurnakan Industrial Training (Internship) selama 10 minggu. So, nampaknya tahun ini, dan tahun-tahun seterusnya, tiada lagi cuti semester 3 bulan untuk kami.

Selamat menjalani praktikal ya semua. Semoga dapat bersiap sedia dengan segala persediaan fizikal dan mental, kurang 2 minggu dari sekarang.

Oh, saya masih di sini. Terpaksa setia dengan UIA dan Bandar Kuantan. Tapi tak mengapa, masih banyak yang perlu dibereskan di sini, termasuk proposal dan persediaan untuk Final Year Project akan datang.

Semoga dipermudahkan segala urusan. Ameen.

Comments

Popular posts from this blog

Pendiam, peramah, atau banyak cakap?

"Inni Shoimun"

Yang Patut Kita Ambil Tahu 1 - Gerakan Kristianisasi