Melentur Buluh

Weekend kali ini terisi dengan menghadiri program saringan karnival seni NAZIM negeri Pahang untuk aulad (kanak-kanak). Kategori hafazan, bercerita, pidato dan nasyid dipertandingkan untuk memilih wakil setiap kategori ke peringkat Zon Timur.

Sudah lama rasanya saya tak pergi ke pertandingan-pertandingan yang melibatkan kanak-kanak. Seronok melihat ragam dan gelagat mereka. Tapi sayangnya, hanya kategori hafazan yang sempat 'ditonton' kerana kebetulan saya diamanahkan untuk menjadi juri kategori hafazan tahap 1 (Surah an-Nabaa' - Surah al-Lail), menggantikan juri asal yang tidak dapat hadir, walhal saya langsung tiada tauliah dan pengalaman menjadi juri mana-mana pertandingan hafazan sebelum ini.

Di hadapan saya dan seorang lagi juri, pelbagai ragam peserta dapat dilihat. Ada yang hanya menggeleng kepala pada setiap soalan yang diberikan. Tamat sahaja soalan, terus bersorak keluar dengan gembiranya. Ada yang apabila diberikan soalan dengan nama surah dan ayat sekian-sekian, mengatakan yang mereka macam pernah dengar nama surah tu. Tapi apabila disuruh baca, langsung tak boleh jawab. Hanya sekadar pernah  dengar nama surah. Itu antara golongan yang boleh dikategorikan sebagai mereka yang tak buat persediaan awal, hanya sekadar suka-suka masuk.

Tapi, tak semua macam tu. Ada yang boleh jawab dengan baik, ditambah pula dengan tajwid, fasohah dan suara yang juga baik, walaupun soalan yang  diberikan adalah di tengah-tengah surah. Kagum melihat mereka. Seingat saya, ketika saya seusia mereka, saya sendiri masih belum hafal sepenuhnya surah-surah dalam juzu' 30. Dan sampai sekarang pun, saya masih tertukar-tukar ayat-ayat dalam surah tertentu disebabkan ada antara ayat-ayatnya yang hampir sama.

Ketika usia sebeginilah kanak-kanak perlu dididik dan diajar untuk mendekati, mempelajari dan menghafal al-Quran. Apabila sudah  menginjak usia remaja dan dewasa baru nak belajar, orang-orang tua kata "lidah sudah jadi keras". Akhirnya, mereka tiada  keinginan untuk belajar al-Quran kerana merasakan susahnya menyebut, mengeja  dan membaca ayat-ayat al-Quran, apatah lagi untuk menghafalnya.

Ibu bapa adalah orang yang pertama bertanggungjawab untuk memastikan anak-anak mendapat pendidikan al-Quran. Tetapi apa yang berlaku pada hari ini, kebanyakannya tak kisah pun anak-anak mereka pandai baca al-Quran atau tidak. Yang lebih dirisaukan dan dititikberatkan adalah pencapaian akademik. Belanja sanggup dikeluarkan untuk menghantar anak-anak ke pusat tuisyen, kem motivasi, kem bijak belajar, dan macam-macam lagi, tapi berapa ramai yang sanggup berhabis dan mengeluarkan belanja lebih untuk menghantar anak-anak ke kelas al-Quran.

Keutamaan mempelajari al-Quran kini bukan lagi suatu prioriti bagi kebanyakan ibu bapa. Kerana mereka melihat nilaian dunia sekarang adalah pada pencapaian akademik, bukannya pada pencapaian al-Quran. Maka itulah yang perlu dikejar dan diutamakan. Akhirnya slowly anak-anak akan ditarik daripada 'buku panduan hidup' tersebut. Yang menjadi pegangan mereka adalah ideologi-ideologi dan isme-isme ciptaan Barat.

Kanak-kanak memang mudah dididik dan mudah mengikut kata andai kena caranya. Hanya tinggal si ibu dan si bapa untuk memilih jalan yang mana untuk anak-anak mereka. Jalan yang bermatlamat dunia semata-mata atau jalan yang seimbang antara dunia dan akhirat.

Comments

mutiara bd said…
wah bagus entri nt ni shu. Pendidikan AQ diperingkat kanak-kanak..

Semoga anak-anak nt nanti masyi-masyi macam nt..
nasuha said…
trima kasih dijah..

ameen..ana doakan yg sama juga utk nt.
Azila said…
salam shuhada...apa khabar..
yes betul apa yg di kongsikan...belajar dpd kecil utk kenali Allah.

dh praktikal ye skrg?
nasuha said…
waalaikumussalam ila..

alhamdulillah sihat.

yep,sy tgh praktikal kt kuantan ni.
doakan sy dimudahkan segala urusan ye.

klu x slap, ila dpt biasiswa uitm ye, utk master? tahniah ila..

Popular posts from this blog

Yang Patut Kita Ambil Tahu 1 - Gerakan Kristianisasi

Allah Lihat pada Usaha

"Inni Shoimun"