Allah Itu Motivator Terbaik!
Firman Allah Taala:
Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
Dan ditegaskan lagi dalam ayat seterusnya:
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
(As-Syarh: 5-6)
Alhamdulillah atas kelapangan dan kemudahan yang diberikan-Nya.
*******************************************************
Apapun, manusia di sekeliling kita hanya sebagai asbab, tetapi keizinannya tetap daripada Allah. Kita sibuk mencari orang-orang sekeliling untuk meluahkan masalah, sedangkan kita tidak pernah terfikir pun untuk meluahkan kepada Allah, mengadu pada-Nya, dan meminta panduan-Nya. Kita terlalu mengharapkan kenalan rapat kita untuk membantu, padahal kita tak pernah mencari dan berharap pada Pencipta yang sangat dekat dan rapat dengan kita untuk membantu kita.

Hidup ini bukan selalunya nikmat. Sepanjang perjalanan hidup, kita pasti akan berjumpa dengan ujian berupa simpulan-simpulan yang tak mampu dirungkaikan sendiri. Maka kita akan mencari seseorang untuk membantu kita membuka simpulan tersebut. Keluarga, sahabat, kaunselor... mereka adalah antara yang terpilih dan merelakan diri untuk kita meluahkan masalah dan membantu kita merungkaikan simpulan tersebut.
Ada yang berjaya menemui puncanya dan membantu kita membuka dan meluruskan simpulan tersebut. Senang hati kita. Ada yang menjumpai punca tapi tak dapat membantu untuk membuka simpulan. Tapi tak apa, lega sikit hati kita sebab dah nampak punca. Ada pulak yang makin mengusutkan simpulan, sampai tak dapat jumpa puncanya sampai ke sudah. Semakin serabut kita. Mintak tolong dengan orang lain, pun tak dapat jugak tolong kita buka simpulan. Simpul mati!
Kenapa apabila kita ditimpa masalah, ada yang memberi nasihat kepada kita "Kembalilah kepada Allah!" , "Mintalah pertolongan daripada Allah."
Jawapannya mudah. Sebab puncanya hanya Allah yang Maha Tahu. Dengan izin dan kehendak-Nya jua, masalah dan ujian itu ditimpakan kepada kita. Maka Dia sahaja yang dapat membuka jalan kepada kita, memimpin kita bagaimana untuk membuka simpulan-simpulan tersebut dan meluruskannya.
Jadi, apa fungsinya keluarga dan sahabat? Untuk apa wujudnya kaunselor dan pakar motivasi segala? Mereka juga diperlukan, kerana kita bukan hidup seorang diri di dunia ini. Mereka mungkin boleh membantu kita menarik satu persatu simpulan tersebut. Ataupun mereka mungkin adalah insan yang dipilih Allah untuk membantu kita, mungkin Allah datangkan ilham yang baik kepada mereka untuk disampaikan kepada kita. Siapa tahu?
Apapun, manusia di sekeliling kita hanya sebagai asbab, tetapi keizinannya tetap daripada Allah. Kita sibuk mencari orang-orang sekeliling untuk meluahkan masalah, sedangkan kita tidak pernah terfikir pun untuk meluahkan kepada Allah, mengadu pada-Nya, dan meminta panduan-Nya. Kita terlalu mengharapkan kenalan rapat kita untuk membantu, padahal kita tak pernah mencari dan berharap pada Pencipta yang sangat dekat dan rapat dengan kita untuk membantu kita.
Sungguh, Allah itu kaunselor dan motivator yang terbaik! Ditiupkan kepada hamba-Nya kata-kata motivasi melalui ayat-ayat motivasi yang terbaik. Dekatkan diri kepada-Nya dan ingati-Nya diwaktu susah dan senang. Insya Allah, dimudahkan jalan hidup di dunia dan akhirat.
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan mengerjakan solat..."
(al-Baqarah: 45)
Comments