Posts

Showing posts from July, 2011

Ramadhan 1432H: Monolog Diri

Insya Allah, esok Ramadhan 1432H bakal menjengah kembali. Saya cuba mencari apa yang lainnya Ramadhan pada tahun ini. Ya, saya berpeluang merasa sebulan penuh berpuasa di rumah tahun ni, insya Allah. Dan kali ini bukan lagi sebagai seorang student, tapi entah apa gelaran yang patut diberikan, saya pun tak pasti. Itu perbezaan suasana dan keadaan. Then, saya cuba mencari apa yang lainnya tentang perasaan dan persediaan saya menyambut Ramadhan kali ini? Tiada jawapan yang pasti. Bisakah ia berubah dalam masa beberapa jam lagi? Semoga Allah mempermudahkan. Ramadhan Kareem! Selamat berpuasa kepada semua muslimin muslimat. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya.

Khusyu' Hati

Pernah atau tidak berlaku begini: Anda sedang solat. Surah al-Fatihah dibaca, anda rukuk, iktidal, sujud, dan seterusnya seperti biasa. Tapi akhirnya beberapa minit kemudian, sedar-sedar anda sudah berada di posisi tahiyyat akhir. “Eh dah tahiyyat akhir dah? Apasal rasa macam cepat sangat?” Itu yang selalu berlaku bila tak khusyu’. Bilangan rakaat dah cukup, rukun-rukun solat dah buat, tapi hati dan fikiran tidak dibawa bersama ketika solat. Melakukan solat ‘di luar sedar’ sampai tak sangka solat dah tiba ke penghujung. Khusyu’ dalam solat boleh terganggu disebabkan kondisi sekeliling; contohnya anak menangis, kanak-kanak buat bising dan berlari-lari berhampiran tempat solat, jemaah di kiri kanan yang ‘tak duduk diam’, dan macam-macam lagi. Tapi rasa-rasanya, selalunya kita tak boleh khusyu’ dalam solat sebab diri sendiri. Sebab ketika solat lah pelbagai perkara terlintas di hati dan fikiran. Contohnya kita misplace barang dan sangat lupa kat mana kita letak barang tu. Ta...

Suasana, di mana kamu???

Kerap kali, saya memerlukan dan bergantung kepada ‘suasana’ untuk melakukan sesuatu. ‘Suasana’ melonjakkan semangat saya, dan kadang-kadang memaksa diri untuk bersemangat. Ketika di Darul Quran dulu, semua orang sibuk menghafaz, sibuk mengejar muqarrar dan sibuk mengulang untuk exam. Sehinggakan untuk mengambil makanan di kantin pun, al-Quran pasti dibawa bersama. Dan suasana sebegitu menghidupkan semangat saya untuk turut sibuk bersama mereka. Sekarang tiada lagi muqarrar yang perlu dihabiskan, tiada lagi ujian syafawi yang mendebarkan menanti saya. Hampir tiada lagi teman-teman yang mengusung al-Quran ke sana ke mari. Suasana dulu sudah tiada. Jadinya, semangat saya tidak sehebat dulu. Sepanjang enam tahun di Matrikulasi UIA dan UIA Kuantan, saya juga bergantung kepada ‘suasana’. Melihatkan teman-teman yang stay up untuk study dan classmates yang dah berjaya menyiapkan lab work untuk FYP, saya memaksa diri untuk bersemangat melakukan perkara yang sama. Tak ketinggalan deng...