Suasana, di mana kamu???

Kerap kali, saya memerlukan dan bergantung kepada ‘suasana’ untuk melakukan sesuatu. ‘Suasana’ melonjakkan semangat saya, dan kadang-kadang memaksa diri untuk bersemangat.

Ketika di Darul Quran dulu, semua orang sibuk menghafaz, sibuk mengejar muqarrar dan sibuk mengulang untuk exam. Sehinggakan untuk mengambil makanan di kantin pun, al-Quran pasti dibawa bersama. Dan suasana sebegitu menghidupkan semangat saya untuk turut sibuk bersama mereka.

Sekarang tiada lagi muqarrar yang perlu dihabiskan, tiada lagi ujian syafawi yang mendebarkan menanti saya. Hampir tiada lagi teman-teman yang mengusung al-Quran ke sana ke mari. Suasana dulu sudah tiada. Jadinya, semangat saya tidak sehebat dulu.

Sepanjang enam tahun di Matrikulasi UIA dan UIA Kuantan, saya juga bergantung kepada ‘suasana’. Melihatkan teman-teman yang stay up untuk study dan classmates yang dah berjaya menyiapkan lab work untuk FYP, saya memaksa diri untuk bersemangat melakukan perkara yang sama. Tak ketinggalan dengan deadline assignment yang hampir tamat, dan pastinya musim final exam adalah antara faktor yang membolehkan saya fokus pada nota, buku dan tugasan. Lunch dan dinner sambil mengadap nota dan laptop adalah habit, walaupun sebenarnya tak elok untuk digestion.

Dan saya sudah grad. Alhamdulillah. Terasa bebas daripada segala belenggu assignment dan exam. Tak lupa juga Final Yeal Project yang menyakitkan. Tapi jauh di sudut hati, saya terasa otak semakin beku. Mungkin neuron-neuron otak tak lagi aktif dan saling berhubungan seperti dulu. Nak baca journals, rasa malas nak google. Nak buka semula reference books yang dulu-dulu, rasa pelik semacam. Craving for the knowledge yang kononnya saya pertahankan selama ni dah mula perlahan-lahan dilupakan. Semuanya kerana dulu saya punya ‘suasana’, dan kini ‘suasana’ itu sudah berlalu meninggalkan saya seiring dengan perubahan takah hidup.

Tidak. ‘Suasana’ tidak pernah bersalah. Saya yang kekurangan motivasi diri. Dan bagi seorang muslim yang benar-benar beriman, Allah SWT adalah pencetus dan pembakar motivasi dan semangat hidup. Kerana akhir matlamat hidup ini adalah untuk mencapai redha-Nya.

Maka jangan hanya bergantung kepada ‘suasana’, kerana ia tercipta oleh perbuatan dan kelakuan manusia dan makhluk di sekeliling kita. Kita perlukan suasana yang baik, mungkin untuk pada permulaan sesuatu, tetapi di sepanjang perjalanan  hidup yang seterusnya, pasakkan kebergantungan kita pada Yang Maha Kekal. Demi mencari redha-Nya.

Wallahu a’lam.

Comments

mutiara bd said…
sebenarnya, kitalah yang membina suasana itu..
nasuha said…
betul, tp mungkin juga kdg2 kita sendirian x mampu membina suasana.betul x dijah?

Popular posts from this blog

"Inni Shoimun"

Allah Lihat pada Usaha

Adab Orang yang Meminjam