Posts

Tak selalunya macam tu

Sejak dari sekolah menengah hingga tamat belajar di IPTA, Allah Taala telah takdirkan saya untuk menuntut ilmu di tempat dan suasana yang baik dan masih boleh mendorong saya untuk sama-sama melakukan kebaikan. Syukur kepada-Nya atas peluang dan nikmat yang diberikan. Bukan bermaksud meninggi diri, tapi Alhamdulillah sepanjang tempoh itu, saya tak perlu terlalu risau untuk menjaga diri daripada gejala sosial yang makin merebak. Sebabnya, di sekeliling saya, ramai yang sama-sama juga berusaha untuk menjadi baik dan mengajak orang lain ke arah kebaikan. Dan semua itu menjadi sokongan yang kuat buat diri sendiri. Saya pernah merasakan yang saya adalah antara insan yang sangat bertuah kerana dicampakkan Allah ke daerah yang baik sepanjang tempoh pengajian. Namun sekarang persepsi saya sedikit berubah setelah beberapa kali berada dan merasai sendiri suasana di sebuah kolej di sini. Sebuah kolej biasa, yang pada pandangan peribadi saya tidak terlalu Islamik, dan agak susah untuk survi...

Stamina

Seperti biasa, saya menapak ke lif untuk naik ke lab di tingkat 3. Sampai di depan lif, ada seorang makcik cleaner yang agak berusia berbanding makcik-makcik cleaner yang lain, baru juga sampai kat situ. Dan makcik tu bersuara, “Laa… baru nak naik ke..”. Saya memandang ke paparan yang menunjukkan pergerakan lif. Betul, lif baru je bergerak naik ke tingkat 1. Menandakan kami perlu tunggu lebih lama sebelum dapat naik ke atas. Makcik cleaner tadi terus berjalan ke arah tangga ‘berlingkar’ yang ada di sebelah kanan kami dan naik ke atas menggunakan tangga. Fikir saya, mungkin dia hanya naik ke tingkat 1 dan mahu cepat, sebab tu dia sanggup gunakan tangga. Dan saya terus menunggu lif, tak sanggup panjat tangga kerana terasa penat berjalan dari bangunan kulliyyah bersebelahan.  Saya masuk sebaik saja lif terbuka, dan saya nampak yang makcik tadi dah hampir sampai ke kepala tangga tingkat . Tiba di tingkat 3, saya keluar daripada lif. Dan apabila saya toleh ke kiri, ...

Program: SKIBDP

Image
Program: Seminar Kecelaruan Identiti Belia: Di Manakah Penyelesaiannya? Tarikh: 18 Februari 2012 Masa: 8 pagi hingga 4 petang Tempat: UIAM Kampus Kuantan Anjuran: PEMBINA UIAM Kampus Kuantan, dengan kerjasama UIAM Kampus Kuantan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, dan ISMA cawangan Kuantan Pembentang dan Panelis Jemputan:           1. Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni           2. Encik Usamah bin Izer           3. Prof. Dr. Badhrulhisham bin Abdul Aziz           4.  Ustazah Amie Sofea binti Ahmad ISTIMEWA MENANTI ANDA: Penampilan finalis dan juara serta naib juara rancangan Solehah: Amie Sofea Ahmad & Wan Nor Mazuani Wan Mokhtar Persembahan pentomen dan sajak. MASUK ADALAH PERCUMA!

Isi perut, isi rohani

“Lunch ni nak makan apa?” Bila tiba je waktu makan, kebanyakannya pasti akan fikir apa yang nak dimakan untuk mengisi perut yang kosong. Malah, ada yang sanggup cari tempat makan yang jauh-jauh untuk memenuhi selera masing-masing. Kalau waktu rehat untuk office hour adalah daripada pukul 1 pm hingga 2 pm, maka satu jam tu hanya dihabiskan untuk makan saja. Pendek kata kalau pasal makan, nombor satu. Kalau pasal mengisi perut, semua boleh jadi. Solat lambat sikit pun tak apa, lepas waktu rehat boleh solat lagi, yang penting makan dulu. Bila perut lapar, automatically tuan punya badan akan dapat detect, siap dengan ‘bunyi-bunyi amaran’ lagi daripada perut, menandakan sudah sampai masa untuk diisi. Dan makanan akan segera dicari.  Tapi, kalau hati dan rohani yang kering kontang, dahaga, dan tak terisi dengan pengisian yang sepatutnya, tuan punya badan tak semestinya akan peduli. Malah, mungkin tak terasa langsung bahawa jiwanya sudah kosong. Ada yang sedar tentang kekosong...

Sabar dalam beramal, sabar tinggalkan maksiat

Sabar itu menahan. Konsep sabar itu bukan hanya terpakai apabila kita diuji dengan perkara-perkara yang mendukacitakan sahaja. Dalam melaksanakan amal soleh, kita juga perlu sabar kerana kita mungkin akan diuji dengan rasa malas, terpaksa, dan tidak suka dengan apa yang dituntut oleh agama. Dalam menjauhi perkara maksiat dan larangan Allah, kita juga perlu sabar kerana bukan mudah untuk meninggalkan sesuatu perkara yang mungkin telah menjadi 'kebiasaan' dan 'kesukaan' kita. Ada yang kata sabar melakukan perkara kebaikan lebih susah daripada sabar untuk meninggalkan larangan Allah, tapi ada juga yang mengatakan sebaliknya. Terpulang kepada masing-masing kerana setiap orang pasti berbeza ujian hidupnya. Tapi kedua-duanya memerlukan satu sifat yang sama, iaitu sifat sabar yang tak mungkin akan diperoleh dengan mudah tanpa usaha yang kuat dari dalam diri. Lantaran itu, ganjaran untuk orang-orang yang bersabar bukannya kecil: “ Malaikat-malaikat pula akan masuk ke...

Maaf atau Alasan?

Kalau buat salah dengan orang, apa yang mula-mula sekali dibuat? Mengucapkan sepatah ucapan “maaf” kepada orang tersebut, atau memberikan alasan atau sebab yang panjang berjela-jela atas kesalahan yang kita buat? “Saya terlewat sebab tadi ada…… Maafkan saya ye.” (atau langsung tak ada ucapan maaf) “Mintak maaf ye. Saya datang lewat sebab….” Meletakkan prioriti ucapan maaf di belakang alasan bukan satu tindakan yang bijak. Malah mungkin hanya akan menambahkan marah dan sakit hati orang tu. Perbuatan tu seolah-olah menunjukkan kita lebih cenderung untuk membela diri sendiri berbanding dengan mengakui kesalahan.  Kadang-kadang orang bukannya nak dengar sangat alasan atau sebab kita lakukan kesalahan tu, tapi ucapan maaf yang paling nak didengar. Dan tak salah merendahkan diri untuk tetap memohon maaf, walaupun secara dasarnya kesalahan tu bukan berpunca daripada diri kita ataupun sememangnya tak boleh dielakkan. Andai tiada ucapan maaf, walau serasion...

Kebersihan tu common sense, betul tak??

Kalau singgah di tandas awam, pasti tandas yang bersih yang dipilih. Tapi, tak semua yang keluar daripada tandas, akan meninggalkannya dalam keadaan yang sama. Ada yang meninggalkan tandas dalam keadaan bersih sepertimana sebelum dia masuk.  Tapi ada juga yang keluar dengan meninggalkan sampah dan ‘sisa’ yang tak sepatutnya. Agaknya mereka tahu nanti cleaner pasti akan bersihkan tandas jugak, atau mungkin mereka harapkan the next person yang masuk akan tolong bersihkannya…?? Semasa saya tinggal di hostel dulu, sinki di pantry selalu tersumbat sebab sisa makanan dibuang terus ke dalam sinki. Walaupun notis ditampal sebagai peringatan, tapi ada juga yang tak ambil endah. Akhirnya, semua orang tak dapat lagi menggunakan sinki yang dah penuh dengan air kotor yang tersumbat, including those irresponsible people. Dan, seperti biasa makcik cleaner atau pihak maintenance yang terpaksa membersihkan atau membetulkan semuanya. Ada orang yang boleh dikategorikan sebagai pembersih, dan ada juga...