Posts

Showing posts from May, 2009

Apabila Perhiasan Malu Ditanggalkan

Daripada Abu Mas'ud, 'Uqbah bin 'Amru al-Ansoori al-Badriy r.a., beliau berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya di antara ajaran yang didapati oleh manusia daripada kalam (perkataan) nubuwah yang pertama ialah: "Apabila kamu tidak malu maka buatlah apa yang kamu suka." (Riwayat Imam Bukhari) Ulama' menyebut tiga makna bagi hadis ini tetapi makna yang paling rajih (kuat) adalah perintah dengan membawa maksud ancaman dan janji buruk. Maksudnya, seolah-olah Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kalau kamu tidak mempunyai rasa malu maka buatlah apa saja yang kamu suka. Allah akan membalas kamu dengan balasan yang amat pedih." [1] Berdasarkan maksud hadis ni, maka tak hairanlah manusia zaman sekarang sudah berani melakukan dosa dan kejahatan secara terang-terangan, malah rasa bangga pulak dengan maksiat yang dilakukan. Akibat hilang rasa malu... ~ Pasangan yang masih tiada ikatan yang sah, dengan selamba berpelukan dan berpegangan tangan di...

Catatan hutan batu

Alhamdulillah, petang tadi saya dan keluarga selamat sampai ke rumah setelah bermusafir hampir empat hari ke Kuala Pilah dan seterusnya Selangor atas satu urusan. Perjalanan yang agak memenatkan, walaupun bukan saya yang drive dan bukannya saya tak biasa berjalan jauh macam ni. Saya sangat suka kalau dapat peluang pergi ke tempat orang, walaupun hanya dalam negeri sendiri. Kalau waktu remaja dan waktu zaman sekolah dulu, apabila dapat peluang pergi mana-mana, antara yang terlintas dalam kepala saya adalah untuk seronok-seronok (makan-makan, jalan-jalan, beli belah) walaupun lawatan tu namanya 'lawatan sambil belajar'. Tapi bila usia pun dah makin bertambah, keseronokan bukan lagi yang utama sebaliknya saya akan pastikan perjalanan dan kembara saya sesuatu yang bermakna dan ada pengajarannya. Sepanjang perjalanan kali ni, apa yang agak mengesankan hati saya adalah betapa besarnya 'pengorbanan' yang terpaksa dilakukan oleh bumi ciptaan Allah sekarang ni untuk memenuhi ke...

'Aku bergurau je la..." (Sambungan)

Nilai Gurauan vs Nilai Persaudaraan Ketawa memang seronok. Tapi menjadi bahan ketawa sangat menyakitkan hati. Hakikatnya, itulah yang selalu ada dalam sesebuah gurauan - mentertawakan orang lain. Kita mungkin sekadar main-main, kata orang menyakat. Tapi, siapa tahu apa yang dirasai ‘watak utama’ kisah gurauan tersebut? Mungkin tak kisah, mungkin marah, mungkin kecil hati dan mungkin terus tak bertegur sapa. Gurauan yang dianggap sekadar main-main boleh menjadi bibit kepada pergaduhan, pertengkaran, tak bertegur sapa dan permusuhan yang berpanjangan antara sesama Muslim. Begitu murahkah nilai persaudaraan dalam Islam sehingga kita sanggup menggadaikannya dengan kata-kata gurauan dan mainan yang langsung tiada nilai di sisi Allah? Rasulullah S.A.W. sendiri telah memberi amaran dalam sabda baginda: “Sesungguhnya orang yang berkata-kata dengan suatu perkataan untuk mentertawakan teman-teman duduknya, akan jatuh dalam api neraka, lebih jauh dari bintang surayya.” Jujur dalam Berjenaka dan G...

"Aku bergurau je la..."

Suatu hari, di sebuah bilik kuliah... Student A : Mana Dr. ni, tak sampai lagi. Dah lewat 15 minit ni. Student B : Yela, entah-entah kelas hari ni cancel tak? Tiba-tiba... Class representative : Assalamualaikum. Pengumuman, kelas hari ni cancel . Students: Yay!!! Yahooo!!! Boleh balik!!! (sambil bangun dari tempat masing-masing). Class representative: Eh, kejap-kejap! Aku bergurau je la . Sebenarnya Dr. masuk kelas lambat sikit hari ni. Hehehe. Jangan marah...duduk-duduk. Pernahkah anda melalui dan mengalami situasi ‘bergurau’ seperti di atas? Atau situasi yang berbeza, tetapi di akhirnya orang yang melontarkan gurauan tu akhirnya mengatakan “Ala…aku bergurau je la…” atau yang lebih menyakitkan hati “Hahaha! Kau kena tipu!!” Gurau Senda Hidup kita memang selalu dipenuhi dengan gurau senda (ke senda gurau?) dengan orang di sekeliling, biasanya kawan-kawan. Mana ada orang yang bergurau dengan dirinya sendiri, betul tak? Maknanya, bila kita bergurau senda, secara tak langsung ia akan mel...

Happy Lecturers' Day??

Hari ini 16 Mei 2009. Ada apa dengan tarikh ni? Mungkin ada antara kita yang sedang belajar di tertiary level, apa lagi yang telah bekerja sudah ingat-ingat lupa tentang tarikh ni. Mungkin apabila dihebah-hebahkan, baru lah kita teringat significant nya tarikh ni dalam kalendar Malaysia. Hakikatnya, tarikh itu bukanlah penting sangat. Malahan, kita sepatutnya mengenang jasa-jasa guru yang telah mendidik kita dan seterusnya mendoakan kesejahteraan untuk mereka pada setiap masa. Cuma kewujudan tarikh itu membolehkan kita menghargai dan meraikan mereka khusus pada hari tersebut. Saya tak ingin membicarakan tentang sambutan Hari Guru dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya. Disebabkan saya adalah salah seorang mahasiswa, saya lebih suka menyentuh tentang realiti mahasiswa di universiti, yang mana tiada lagi golongan yang bergelar ‘guru’ di samping mereka tetapi digantikan dengan ‘pensyarah’; dan tiada lagi waktu sekolah yang mewajibkan mereka datang ke sekolah tapi hanya lectures dan k...

Perkongsian tentang Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis (KBAZ)

Salaamullahi 'alaikum. Apa khabar iman anda hari ni? Makin subur, maintain seperti hari-hari lepas, atau makin surut (na'uzubillah)? Semoga kita dapat plan sesuatu untuk tingkatkan iman, sebagaimana seorang peniaga sentiasa berfikir setiap hari untuk meningkatkan untung jualannya. Saya ingin berkongsi sedikit dengan anda semua tentang apa yang saya dapat daripada KBAZ baru-baru ni. Saya lebih suka untuk berkongsi tentang resolusi yang saya dapat kutip daripada konvensyen sepanjang hari tu. Yang ni saya reka sendiri, based on pemahaman dan penilaian saya sepanjang konvensyen tu. Mungkin anda boleh baca di website atau blog lain untuk info yang (mungkin) lebih tepat. Kalau kita nak berhadapan dengan isu Palestin, kita mesti, mesti dan mesti ambil tahu tentang sejarah Palestin, bangsa Yahudi, fahaman zionis, dan apa-apa sahaja yang berkaitan melalui sumber-sumber yang valid . Kalau tak fahamkan sejarahnya dulu, memang kita akan sangat-sangat confused sebab susur galur sejarahn...

Dimulakan dengan Bismillaah

Bismillaahirrahmaanirrahiim. Saya mulakan penulisan di blog ni dengan lafaz yang mulia, semoga usaha saya diberkati Allah, jauh dari kemurkaan-Nya, dan menjadi timbangan amal soleh di akhirat nanti.ameen.