Happy Lecturers' Day??

Hari ini 16 Mei 2009. Ada apa dengan tarikh ni? Mungkin ada antara kita yang sedang belajar di tertiary level, apa lagi yang telah bekerja sudah ingat-ingat lupa tentang tarikh ni. Mungkin apabila dihebah-hebahkan, baru lah kita teringat significantnya tarikh ni dalam kalendar Malaysia.

Hakikatnya, tarikh itu bukanlah penting sangat. Malahan, kita sepatutnya mengenang jasa-jasa guru yang telah mendidik kita dan seterusnya mendoakan kesejahteraan untuk mereka pada setiap masa. Cuma kewujudan tarikh itu membolehkan kita menghargai dan meraikan mereka khusus pada hari tersebut.

Saya tak ingin membicarakan tentang sambutan Hari Guru dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya.

Disebabkan saya adalah salah seorang mahasiswa, saya lebih suka menyentuh tentang realiti mahasiswa di universiti, yang mana tiada lagi golongan yang bergelar ‘guru’ di samping mereka tetapi digantikan dengan ‘pensyarah’; dan tiada lagi waktu sekolah yang mewajibkan mereka datang ke sekolah tapi hanya lectures dan kuliah yang selalunya mereka boleh pilih untuk hadir atau pun tak. Betul tak?

Antara guru dan pensyarah, ada perbezaan ke dari segi basic tugas dan tanggungjawab mereka? Saya pasti semua orang akan jawab “TAK”. Kerana kita tahu mereka hanya berbeza dari qualification, tempat kerja dan mungkin gelaran atau panggilan student pada mereka. Tapi tugas mereka tetap sama. Mengajar dan mendidik para pelajar yang berstatus mahasiswa sampai berjaya.

Jadi, pensyarah juga seharusnya dihormati, dan adab seorang pelajar pada pensyarahnya seharusnya dijaga sebagaimana penghormatan dan adab yang diberikan kepada seorang guru.

Namun, realitinya, kebanyakan pelajar (mahasiswa) sama ada di universiti tempat saya belajar atau mana-mana universiti tak ambil kisah langsung tentang adab dan kelakuan mereka pada pensyarah. Antara situasi yang biasa berlaku: Ponteng kuliah, hari-hari datang lewat ke kuliah, tak buat assignment, hantar assignment lambat, selalu keluar dari bilik kuliah masa pensyarah tengah mengajar, buat bising masa kuliah, dan macam-macam ragam lagi.

Kalau pensyarah muda yang fresh graduate pula, ada student yang pandang sebelah mata saja sebab dirasakan mereka masih baru, tak cukup ilmu, terkial-kial nak ajar student kat depan.

Di belakang pensyarah pula, macam-macam perkara yang mereka tak puas hati disuarakan (baca sebagai mengumpat) pada orang lain. Pensyarah ni begitu, pensyarah tu begini. Siap dengan gelaran yang specific lagi untuk setiap pensyarah.

Begitulah situasi yang biasa saya temui. Pelik juga, adakah nilai-nilai menghormati guru yang pernah kita praktikkan waktu zaman sekolah dulu telah dilupakan? Adakah kerana kita sekarang bergelar ‘pelajar universiti’ atau ‘mahasiswa’, kita sewenang-wenangnya boleh bersikap sedemikian?

Dalam proses menuntut ilmu, di tahap mana sekalipun, apa yang penting adalah keberkatan ilmu yang dipelajari, yang salah satu puncanya adalah redha seorang guru. Apa gunanya menjadi top-scorer kalau ilmu tak berkat? Tanpa keberkatan, ilmu tersebut tak akan bertambah dan berkembang, malah tak dapat beri manfaat pun kepada penuntutnya, apatah lagi orang lain.

Allah adalah Pemilik segala ilmu. Apabila kita bersikap biadap pada pensyarah kita, maka kita telah melanggar disiplin dalam menuntut ilmu. Patutkah kita, yang hanya berstatus peminjam, yang hanya diberi izin oleh Allah untuk memiliki ilmu tersebut temporarily, melanggar hak dan disiplin tersebut? Tepuk dada tanya iman anda.

Akhirnya, panjatkanlah doa di akhir setiap solat kita untuk kesejahteraan para guru dan pensyarah yang telah menyampaikan ilmu kepada kita dengan penuh keikhlasan. Semoga mereka mendapat ganjaran yang setimpal atas sumbangan dan pengorbanan mereka. ameen.

Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar pendidik di Malaysia.

~REDHAMU MU’ALLIM~

Comments

Popular posts from this blog

"Inni Shoimun"

Allah Lihat pada Usaha

Adab Orang yang Meminjam