Perkongsian tentang Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis (KBAZ)

Salaamullahi 'alaikum. Apa khabar iman anda hari ni? Makin subur, maintain seperti hari-hari lepas, atau makin surut (na'uzubillah)? Semoga kita dapat plan sesuatu untuk tingkatkan iman, sebagaimana seorang peniaga sentiasa berfikir setiap hari untuk meningkatkan untung jualannya.

Saya ingin berkongsi sedikit dengan anda semua tentang apa yang saya dapat daripada KBAZ baru-baru ni. Saya lebih suka untuk berkongsi tentang resolusi yang saya dapat kutip daripada konvensyen sepanjang hari tu. Yang ni saya reka sendiri, based on pemahaman dan penilaian saya sepanjang konvensyen tu. Mungkin anda boleh baca di website atau blog lain untuk info yang (mungkin) lebih tepat.


  • Kalau kita nak berhadapan dengan isu Palestin, kita mesti, mesti dan mesti ambil tahu tentang sejarah Palestin, bangsa Yahudi, fahaman zionis, dan apa-apa sahaja yang berkaitan melalui sumber-sumber yang valid. Kalau tak fahamkan sejarahnya dulu, memang kita akan sangat-sangat confused sebab susur galur sejarahnya sangat-sangat lah panjang.

  • Kita mesti pastikan apa yang kita baca dan dengar tentang isu Palestin dan yang berkaitan dengannya adalah dari sources yang valid. Yang ni Dr Azam Tamimiy pesan. Sebabnya, pernah berlaku, tak ingat kat negara mana, ada usaha dari pihak2 tertentu yang mencetak dan mengedarkan (artikel?) palsu kepada ummat Islam tentang Palestin. Yang parahnya bila mereka percaya, walaupun sourcesnya entah dari mana-mana.


  • Bila diri sendiri dah faham dan ada kesedaran tentang isu palestin, kena lah sebarkan-sebarkan kepada orang lain yang tak tahu supaya mereka juga faham. Gunakan technology and tools yang ada semaksimum mungkin sebagai medium penyebaran. Kebanyakan kita semua kan dah maju dalam bab-bab ni.

  • Teruskan boikot barang-barang dan produk keluaran Israel, juga companies and firms yang directly support Israel atau ada hubungan dengan Israel. Kalau ikut kata Dr Roslan, as students, kita boleh boikot dua barang penting yang majoriti students beli, i.e. maggi yang memang brand Maggi dan Milo. Kalau peminat bola pulak, ada 4 pasukan bola yang famous yang ada kaitan dengan Israel, i.e. Manchester United, Chelsea, Arsenal, dan satu lagi saya lupa. So, lepas ni kalau nak makan maggi sangat, beli lah Indo Mee ke, Cintan ke atau brand-brand lain. Dan mungkin lepas ni peminat bola boleh sokong bola sepak tempatan pulak.


  • Kita perlu sokong organization atau pertubuhan yang mendokong idea pembebasan Palestin dan berusaha untuk membebaskan Palestin. In this case, maksudnya kita sebenarnya menyokong idea yang dibawa, bukan organisasi atau pertubuhan tu.

  • Kita perlu bekerja dan bertindak; bukan hanya pandai bercakap tentang isu Palestin dan buat senarai panjang tentang apa yang perlu dibuat, tapi langsung tak ada tindakan.

  • Selalu tanyakan pada diri sendiri, "Apa yang aku dah buat untuk saudara-saudaraku di Palestin, tanah air Palestin, Masjid al-Aqsa?"

Alhamdulillah, banyak informasi yang saya dapat daripada konvensyen sehari ni. Perjalanan dan layanan sepanjang program juga sangat memuaskan, rasa macam tak sepadan dengan hanya RM10 yuran yang dibayar.

Walaupun info-info tu boleh dapat melaui buku-buku atau klik saja di internet, tapi memang tak sama bila kita dengar sendiri cerita dan perkongsian daripada panelis yang didatangkan 'fresh' dari luar seperti Dr Azam Tamimiy.


Akhirnya, saya pun nak berpesan jugak kepada para pembaca. Sebagai umat Islam, kita mesti yakin bahawa agenda zionis sememangnya akan berakhir kerana itulah janji Allah. Mereka akan dibunuh dan dihancurkan dengan pasti suatu hari nanti di bumi Palestin apabila Nabi Isa a.s. diturunkan kembali ke bumi dengan izin Allah.

Dalam hal ini kita hanya ada 2 pilihan; sama ada kita hanya akan bersikap 'tunggu dan lihat' saja kerana tahu bahawa Nabi Isa a.s. pasti akan menghapuskan mereka nanti, atau bersama-sama bekerja dan bertindak supaya menjadi salah seorang penyelamat bumi palestin.


Tepuk dada, tanya iman anda.

Comments

Popular posts from this blog

"Inni Shoimun"

Allah Lihat pada Usaha

Adab Orang yang Meminjam