Jangan Hidupkan Aircond Sebaik Menaiki Kereta!

Yang ni saya copy daripada e-mail pilihan yang dihantar ke website Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Di samping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Oh, saya selalu buat macam tu, terutamanya bila cuaca panas. Masuk saja dalam kereta, terus hidupkan aircond. Rupa-rupanya saya menyedut carcinogen tanpa sedar.

Teringat pula dengan lecture Bro Zulkifli untuk subjek Radiobiology yang saya ambil semester lepas. Semua benda menghasilkan radiasi - juga penyebab kanser - cuma dosenya mungkin sedikit dan tak boleh menyebabkan kematian dalam masa yang singkat. Tapi, kesan lain seperti mutagenic effect masih boleh berlaku.

Seringkali kita tidak tahu dan sedar 'pembunuh-pembunuh' secara senyap yang ada di sekeliling kita. Rupa-rupanya, banyak sekali benda-benda yang kita selalu gunakan, yang jadi keperluan harian kita, ada carcinogenic effect.

Teknologi memang dicipta untuk memberi kemudahan kepada manusia. Tapi, ciptaan manusia, memang tidak pernah dan tidak akan sempurna, semuanya ada side-effect. Yang paling teruk, effect pada kesihatan manusia itu sendiri.

Jadi, apa pilihan yang kita ada? Tambahkan diri dengan kepelbagaian ilmu yang tak mungkin kita dapat dalam lecture room semata-mata. Bukan untuk melambatkan kematian (Kematian di mana-mana dan bila-bila pun boleh berlaku), tapi untuk menjaga kesihatan dan keselamatan diri yang menjadi amanah Allah pada kita.

Pengeluar kereta pun rasanya takkan beri info sebegini pada kita. Betul tak?

Comments

Popular posts from this blog

Allah Lihat pada Usaha

Yang Patut Kita Ambil Tahu 1 - Gerakan Kristianisasi

"Inni Shoimun"