Tiru macam mereka

Salaamullahi 'alaikum.

Apa khabar iman kita hari ini?

Untuk entry kali ini, saya nak sambung sedikit lagi tentang penjual-penjual buku 'secara langsung' yang saya ceritakan dalam entry yang lepas. Melihat cara mereka mendekati target mereka, saya terfikir, kalaulah saya boleh meniru cara mereka dan buat perkara yang sama, bukan untuk menjual barang, tapi untuk melakukan amar ma'ruf dan nahi mungkar. Alangkah bagusnya kalau saya punya kekuatan untuk itu!

Saya cuba bayangkan; waktu saya berjalan-jalan di bandar, pantai, taman, dsb saya ternampak sepasang lelaki-perempuan, masih belasan tahun, tak mungkin dah berkahwin, duduk rapat-rapat dan siap peluk-peluk lagi. Then, saya pergi dekat dengan mereka dan menegur si remaja perempuan,

"Assalamualaikum adik. Akak nak cakap seminit je!"

Dan saya berikan 'ceramah pendek' selama seminit.

Oh, itu cuma bayangan, bukan betul-betul. Nyatanya saya tak pernah buat pun, especially apabila saya berjalan sendirian.

Apapun, teguran seminit itu amat berharga sebenarnya, daripada langsung tak buat apa-apa, dan daripada hanya mengutuk dan membenci perbuatan mereka setakat di dalam hati. Bukankah itu tanda selemah-lemah iman?


Daripada Abu Hurairah, beliau berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:


Sesiapa di kalangan kamu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah dia merubah dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu, maka dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman. (Shahih Muslim)


Saya teringat satu cara yang dicadangkan oleh rakan saya andai bertemu situasi seumpama ini. Apabila kita keluar, sentiasa bersedia dengan pen dan notebook kecil. Apabila terserempak dengan couple yang tengah buat maksiat, yang kita memang yakin bukan pasangan yang halal, dan kita rasa tidak selamat untuk menegur secara direct, tulis apa yang nak dicakapkan secara ringkas dan berikan kepada mereka (better diberikan kepada yang same gender). Then, pergi saja dari situ. Terpulang pada mereka untuk baca atau buang terus, tapi yang penting kita dah melakukan sesuatu untuk mencegah kemungkaran yang berlaku di depan mata kita.

Sesetengah kita pula, ada yang buat, tapi memilih target tertentu saja. Nampak yang baik sikit, kita berani menegur, tapi apabila terjumpa yang sebaliknya, kita hanya diamkan diri. Kalau kita ambil contoh cerita penjual buku tu, sudah tentu mereka tak akan dapat untung yang banyak kalau memilih-milih target. Sebaliknya, setiap orang mereka dekati. Beli atau tak, itu bukan persoalannya.

Pernah suatu hari, ketika duduk menunggu dalam kereta, dari jauh, saya nampak seorang penjual buku sedang promote buku jualannya kepada seorang pemandu. Saya yakin, tak lama lagi, mesti saya pula yang jadi sasarannya. Jadi, dengan niat untuk mengelakkan diri, saya tundukkan kepala dan berpura-pura sibuk dengan handphone saya. Tapi, apa yang terjadi penjual buku tadi tetap mendekati kereta saya dan mengetuk cermin kereta, meminta seminit saja masa saya untuk promote bukunya; walaupun dia tahu saya mungkin tengah sibuk dengan urusan saya.

Begitu juga sepatutnya sikap seorang daie yang baik. Tidak memilih mana yang berkenan dan yang baik-baik saja. Bukankah dakwah Islam itu untuk semua? Kita buat sekadar yang termampu, dan dengan metod yang sesuai dengan sasaran kita.


Ya, bercakap memang sangat mudah, mempraktikkannya belum tentu. Yang nyatanya saya sendiri belum pernah cuba mendekati mereka yang betul-betul 'zero' tentang Islam. Betapa lemahnya iman...

Comments

skrg masa utk bertindak....bukan secara bayangan, ttp secara realiti...
nasuha said…
Yep,ruby betul..membayangkan semata-mata tak akan jadi realiti..

Popular posts from this blog

Pendiam, peramah, atau banyak cakap?

"Inni Shoimun"

Yang Patut Kita Ambil Tahu 1 - Gerakan Kristianisasi