Yang Menghilangkan Dahaga
Sekarang ini cuaca sangat panas. Sampaikan saya pernah terdengar ada yang mengatakan, tak ada orang yang tak pernah merungut atau mengeluh dengan cuaca panas yang dirasakan sekarang. Begitulah manusia, selalu tak berpuas hati dan tak bersyukur. Dan paling penting, tak berusaha untuk merenung bicara Allah di sebalik apa yang terjadi.
Bila cuaca panas macam ni, tentunya minuman sejuk dan berais yang jadi pilihan kebanyakan kita untuk hilangkan dahaga. Tapi, betul ke boleh hilang dahaga lepas minum minuman berais?
Saya cuba search di internet, dan terjumpa satu artikel di http://www.posetech.com/ yang ditulis Dr Romanov. Katanya, minuman berais hanya memberikan pleasant feeling of cold in mouth and stomach, yang mana semua itu hanya lah perception. So, timbul lah persepsi bahawa minuman berais mampu menghilangkan dahaga padahal sebenarnya tidak. Dan, sama ada kita perasan atau tak, tak lama lepas kita minum ice-cold water, kita mesti akan rasa dahaga semula walaupun dah minum segelas besar minuman berais.
Satu lagi, apabila kita minum minuman berais, badan kita seolah-olah terpaksa bekerja keras dan takes time untuk heat up air yang diminum supaya sama dengan suhu badan manusia normal. Apabila suhu air sama dengan suhu badan, barulah air yang diminum boleh diserap ke sel-sel badan.
Jadi, minuman pilihan terbaik adalah air kosong biasa yang dapat menghilangkan dahaga, mengurangkan dehydration dan menurunkan suhu badan ke paras normal. Walaupun sejuknya mungkin tak berapa 'menyengat' berbanding minuman berais, tapi itu lebih baik daripada menyiksa komponen-komponen dalam badan kita sendiri.
Comments