Tips Menghafaz al-Quran 1

Saya mohon maaf kepada sahabat saya, Ila, kerana lambat menunaikan janji untuk menulis entry tentang tips ni. Sebenarnya, agak susah bagi saya untuk terjemahkan apa-apa yang saya lakukan ke dalam satu bentuk tulisan, selain menunggu masa yang agak lapang untuk menyusunnya supaya difahami semua.

Tips ini hanya perkongsian saya dengan anda semua, terutamanya bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak untuk menghafaz al-Quran. Ia hanya berdasarkan pengalaman saya sendiri, jadi akan ada certain part yang mungkin sesuai dan juga mungkin langsung tidak sesuai dengan anda. Ambil mana yang baik dan tinggal apa yang tidak baik dan tidak relevan dengan anda. Semoga bermanfaat.

1. Kenal pasti kekuatan dan kelemahan diri anda. Adakah anda seorang yang senang hafal tapi cepat lupa, atau senang hafal dan lambat lupa, atau susah hafal dan cepat lupa, atau susah hafal tapi lambat lupa? Apabila kekuatan dan kelemahan diri sudah dikenal pasti, mudah untuk anda fikirkan strategi dan langkah untuk memanfaatkan dan mengatasi kekuatan dan kelemahan diri.

2. Niat adalah asas utama dalam apa jua perkara. Betulkan niat anda semata-mata kerana Allah. Hindarkan niat menghafaz al-Quran kerana untuk dapat title ‘hafiz/hafizah’, ikut-ikutan, nak masuk pertandingan, atau apa saja yang berbentuk keduniaan dan sementara. Niat yang ikhlas, insya Allah akan menghalang anda daripada give up di pertengahan, kerana anda akan diuji dengan pelbagai rintangan dan kesusahan di tengah-tengahnya.

3. Kalau boleh, peruntukkan satu masa khusus setiap hari untuk hafalan, yang anda boleh betul-betul fokus pada hafalan anda tanpa ada gangguan-gangguan lain. Elakkan menghafaz al-Quran sambil melakukan kerja lain, contoh: SMS, menonton TV.

Ketika menghafaz...

4. Setiap kali hendak mulakan hafalan, sentiasa istighfar dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w., dan baca doa yang ma'thur dan bersesuaian.

5. Lancarkan bacaan anda terlebih dahulu untuk keseluruhan page yang hendak dihafal. Kenal pasti kalimah-kalimah yang agak susah hendak disebut, serta pastikan tajwid kita betul. Tajwid adalah perkara yang wajib dijaga. Tidak guna kita mengahafaz al-Quran, tapi langsung tidak menjaga peraturan-peraturan ketika membaca ayat al-Quran.

6. Baca dan fahami sepintas lalu maksud ayat-ayat yang akan dihafal supaya dapat tahu secara general maksud ayat-ayat tersebut.

Bersambung...

Comments

Assalamualaikum...
terima ksh sahabat y tak terhingga sb sudi tunaikan permintaan ila:)
bnyk tips manfaat y boleh ila gunakan..tak sabar tunggu sambungannya..

selamat bpuasa, selamat b'amal
selain tu,
apa surah apa y nk diberi keutamaan tuk dihafal bg mudah mhafaznya?bermula
dr juz amma kemudian surah2 y selalu menjadi bacaan harian?

kalau lambat hafaz tp lambat lupa maksudnya jumlah ayat yg hendak dibaca perlu dihadkan tk terlalu banyak ye?

asif kalau soalannya remeh sikit..
nasuha said…
Waalaikumussalam sahabat..

slmt brpuasa, slmt beramal kembali..

x apa, soalan tetap soalan n prlu djawab.

1) sbg prmulaan,mgkn blh start dgn surah dr juz 'amma(especially yg pnjg2tu)sampai habis juzu' tu. bila dh biasa dgn kaedah hafal yg kite praktikkan, baru masuk ke juzu' 1.

klu sy, saya prefer hafal juzu' by juzu' dan bukan by surah sbb kte akan nmpk susunannya.klu hafal certain surah, mgkn akn confused kt mana kdudukan surah tu dlm al-Quran.

ni hanya pndgn sy, klu ila rasa lg senang by surah, then proceed je..

2) jumlah ayt tu x trlalu brgntung sgt pd kekuatan ingatan kita.tgk pd kemampuan kita at that prticular time.wpun kita lmbt hafaz, tp klu kita rs mampu hbskan 1 page dlm 1 hari, why not?cuma takes time skit la..

sbnrnya, bla kita tau klemahan n kekuatan diri, kita akan improve part2 yg kita lemah n guna kelebhan yg ad sbaik mgkn.itu saja..

smg soalan trjawab.wallahua'lam.
Azila said…
oo..hafal by juzu' la..
selama ni ila igt, lebih baik kalau kita hafal surah2 y biasa kita amalkan dlm harian
ok, syukran

Popular posts from this blog

Yang Patut Kita Ambil Tahu 1 - Gerakan Kristianisasi

Allah Lihat pada Usaha

"Inni Shoimun"