Muhasabah di Hari-hari Akhir

Kita kini telah berada di hari-hari akhir Ramadhan, yang boleh dikatakan satu period yang critical, ultimate, crucial, vital, extremely important, atau apa sahaja perkataan yang dapat menggambarkan betapa pentingnya dan betapa istimewanya saat-saat 10 hari terakhir ini; tidak lain kerana dijanjikan oleh Allah dengan lailatul qadar, terutama kepada mereka yang benar-benar mengharapkan dan berusaha untuk mencarinya.

Apa perasaan kita di saat-saat akhir ini? Gembirakah kita kerana tak lama lagi kita tak perlu lagi berlapar dahaga di siang hari, dan hari raya juga semakin hampir? Atau sedihkah kita kerana Ramadhan hampir berlalu pergi meninggalkan kita, dan kita akan melangkah keluar dari bulan Ramadhan ke bulan-bulan seterusnya yang tidak lagi menjanjikan keistimewaan setanding bulan Ramadhan?

Itu semua dipulangkan kepada nilaian iman di dada.

Di hari-hari terakhir ini, marilah kita muhasabah kembali puasa dan amalan kita lebih 20 hari yang lalu. Sempurnakah? Banyakkah cacat celanya? Terjagakah seluruh pancaindera kita sepanjang berpuasa, atau hanya sekadar perut kita yang terpelihara daripada dimasuki makanan dan minuman? Adakah kita memanfaatkan setiap detik untuk meningkatkan iman, taqwa dan amalan kita? Dan adakah di akhirnya kita akan berjaya mendapatkan ijazah taqwa yang dijanjikan Allah setelah keluar dari madrasah Ramadhan?

Masih belum terlambat untuk bermuhasabah dan memperbaiki segala kekurangan walaupun Ramadhan kini hampir di penghujung. Better late than never. Siapa tahu, muhasabah di saat akhir ini mampu melonjakkan iman buat bekalan menempuh cabaran 11 bulan yang akan datang. Dan siapa tahu, muhasabah ini juga akan menemukan kita dengan lailatul qadar tahun ini, dengan izinNya jua.

Selamat meneruskan puasa dan pemburuan lailatul qadar!

Comments

Mkcik Meen said…
Andai ini Ramadhan yg terakhir buat kita, semoga ia pergi dgn seribu satu makna, andai syawal depan tak dapat lagi bersua, moga Syawal ini yg paling bahagia....

antara ucapan yg ckMin terima tahun lepas yg sgt terkesan di hati...

Saja nak kongsi dgn Shu, semoga kita semua sentiasa dlm rahmat dan redha Allah. Ameen.
nasuha said…
trima ksh byk mcik min..

wpun hanya sekadar ucapan,tp ckup utk mmbuatkan kita merenung dan muhasabah diri dan amalan yg dilakukan.

baarokallohu li walakum. ameen.

Popular posts from this blog

Allah Lihat pada Usaha

Yang Patut Kita Ambil Tahu 1 - Gerakan Kristianisasi

"Inni Shoimun"