Tips Menghafaz al-Quran 3

Tambahan…

14. Elakkan menghafaz berdasarkan makna kalimah dan makna ayat, i.e. mengingati makna ayat al-Quran dengan tujuan untuk mudahkan hafalan. Cara begini memang membantu pada awalnya; tapi bila anda lupa maksud kalimah atau maksud ayat tersebut, biasanya anda juga tak dapat nak mengingati ayat al-Quran tersebut.

15. Cuba imagine position setiap ayat dalam satu-satu page beserta kepala ayatnya, dan juga sequence ayat-ayat tersebut. Cara begini mungkin hanya perlu apply ketika mula-mula menghafal; setelah diulang-ulang banyak kali, insya Allah anda tak perlu lagi menghafal dengan bergantung kepada kedudukan atau sequence ayat dalam satu-satu page.

16. Kenal pasti ayat-ayat yang menggunakan kalimah yang sama atau hampir sama dalam satu page atau pun beberapa page sebelum atau selepasnya. Apabila dah dikenal pasti, anda akan dapat bezakan penggunaan dan cara susunan kalimah dalam ayat-ayat tersebut. Contohnya, surah Yaasin ayat 33 dan 37.

17. Jangan cepat berpuas hati dengan hafalan anda. Jika hafalan masih tergagap-gagap, lebih baik diulang lagi beberapa kali sehingga betul-betul lancar. Kalau anda belum betul-betul ingat, tapi sudah berpuas hati dan berhenti mengulang, percayalah, sekejap saja hafalan tadi akan hilang, dan ‘gagap’ anda akan bertambah teruk selepas itu.

18. Cuba baca ayat-ayat yang telah dihafal di dalam solat. Cara begini sebenarnya lebih menguji kekuatan ingatan dan kelancaran hafazan anda yang sebenar berbanding dengan mengulang secara biasa di luar solat. Anda dapat menilai sejauh mana anda betul-betul mengingati ayat-ayat yang telah dihafal.

19. Cari guru yang dapat anda perdengarkan (tasmi’) hafalan anda. Jangan menghafal ayat al-Quran sendiri tanpa ada guru yang dipercayai untuk dirujuk atau dibetulkan bacaan anda. Anda hanya akan rasa syok sendiri.

20. Key point yang perlu ditekankan dalam menghafal ayat al-Quran adalah ulangan (i’adah) yang berterusan. Tidak ada cara lain lagi yang lebih berkesan. Mereka yang telah khatam tasmi’ atau dah bergelar hafiz/hafizah sekalipun, tidak boleh lari daripada mengulang al-Quran.

21. Jangan tinggalkan ayat-ayat yang telah dihafal dalam suatu tempoh yang lama. Jika tidak berkesempatan sekalipun, luangkan masa mendengar bacaan ayat-ayat tersebut melalui mp3 dan sebagainya.

22. Akhir sekali (mungkin), jangan lupa al-Quran adalah Kalam Allah, milikNya dan kepunyaanNya. Jadi, semuanya terpulang kepada Allah, sama ada nak ‘menghadiahkan’ kita dengan anugerah berharga ini dengan jalan yang mudah atau pun susah. Kedua-duanya ujian, untuk melihat sejauh mana kita bersungguh-sungguh untuk menghafal dan mengamalkan kalamNya. Ada yang sudah khatam tasmi’, tapi akhirnya ditarik kembali sedikit demi sedikit apa yang dah dihafal (na’uzubillahi min zalik) kerana sengaja dicuaikan tanpa ada usaha untuk menjaga hafalan. Ada yang merangkak-rangkak menghafal, tapi kerana keinginan dan kesungguhan, akhirnya dia berjaya khatam. Kesimpulannya, sentiasa minta dan pohon doa daripada Allah semoga dipermudahkan dan dikekalkan hafalan serta dapat mengamalkan isi kandungannya supaya kita menjadi Hamlatul Quran yang sejati dan hakiki.

Saya rasa itu saja yang dapat dikongsi dengan anda. Mungkin boleh rujuk blog sahabat saya di sini untuk tips tambahan. Semoga bermanfaat!

Comments

Azila said…
salam..sgt mbantu..terima ksh banyak2

ila copy ye?nk letak dlm blog dr 1 smpi 3..
tp sumber ila letak link blog shuhada..
nasuha said…
waalaikumussalam

silakan ila..smg bermanfaat
terima ksh sb bg copy,
terima ksh atas perkongsian ilmu ni.
terima ksh bnyk2..
nasuha said…
sama2 byk3..=)

Popular posts from this blog

Yang Patut Kita Ambil Tahu 1 - Gerakan Kristianisasi

Allah Lihat pada Usaha

"Inni Shoimun"