1 Muharram 1431H

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1431.

Semoga apa yang dipanjatkan dalam doa akhir tahun dan awal tahun akan dikabulkan Allah, ameen.

Sama-sama kita hayati peristiwa besar hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat ke Madinah. Teruskan menghidupkan semangat hijrah mereka ke dalam diri kita dengan meninggalkan maksiat dan sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri untuk menuju ke arah pengabdian yang hakiki kepada Allah.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menukilkan dalam entry hari ini yang bertarikh 1 Muharram 1431H, ucapan tahniah khas untuk sahabat istimewa saya, Asiyah @ Khairul Bariyyah Ayob - satu-satunya sahabat yang masih bersama saya sehingga sekarang, sejak di SMKATJ, Darul Quran, Matrikulasi UIA dan akhirnya di UIA Kuantan - yang akan dinikahkan kurang 24 jam dari sekarang dengan pasangannya, Muhammad Haziq Mohammad Zawawi.

Baarakallahu lakuma, wabaaraka 'alaikuma, wa jama'a bainakuma fil khoir. Semoga kekal hingga ke syurga.

Saya gembira untuk kamu. Semoga persahabatan kita kekal dan tidak ternoktah di sini.

Comments

Popular posts from this blog

Pendiam, peramah, atau banyak cakap?

"Inni Shoimun"

Yang Patut Kita Ambil Tahu 1 - Gerakan Kristianisasi