Kemalangan Ngeri

Dahsyat.

Itulah yang mampu digambarkan apabila saya melihat keadaan bas dua tingkat Sani Ekspress di dalam berita di televisyen petang semalam, yang terlibat dalam kemalangan ngeri mengorbankan 10 nyawa dan mencederakan 2 orang penumpang. Semua yang terlibat adalah penumpang di bahagian tingkat bawah bas.


Sumber: Berita Harian (Foto Bernama)

Kadang-kadang, rasa seriau nak naik bas apabila mendengar berita-berita kemalangan ngeri melibatkan bas ekspres. Tapi apa boleh dibuat. Itu saja pengangkutan yang sesuai untuk student macam saya, dan mungkin pengangkutan favourite bagi kebanyakan mereka yang selalu travel jauh.

Tapi sebenarnya dan yang pastinya, andai ajal kita sudah sampai, walau macam mana pun kita mengelakkan diri (contohnya tak nak naik bas), atau ke ceruk hutan mana pun  kita melarikan diri, kita tetap akan dipanggil menghadap-Nya. Kerana kemalangan, lemas, sakit; semua itu hanya asbab, tetapi ajal adalah takdir yang tiada siapa mampu menolaknya.

Kemalangan - satu peringatan supaya kita sentiasa berhati-hati di jalan raya kerana usaha untuk memelihara keselamatan dan nyawa adalah wajib; juga satu peringatan bahawa kematian boleh berlaku pada bila-bila masa, di mana-mana, dan dalam keadaan apa sekalipun.


Comments

mizaranun said…
Salam ziarah..
Tragedi yg cukup tragis..takziah pd keluarga terlibat moga redha atas apa yg berlaku...
nasuha said…
waalaikumussalam wrh wbt.

Memang mnyedihkan bila khilangan ahli kluarga dlm tragedi mcm ni, tiada siapa yg mahu semua ni brlaku tp siapa kita utk menolaknya.

takziah juga dr saya utk mereka,moga dikurniakan ksabaran yg tinggi utk mghadapinya.

Popular posts from this blog

Pendiam, peramah, atau banyak cakap?

Yang Patut Kita Ambil Tahu 1 - Gerakan Kristianisasi

"Inni Shoimun"