Bangunkan Potensi Diri untuk Dakwah
Bismillahirrahmanirrahim.
Saya mulakan tirai tahun 2010 dengan berkongsi tentang pengisian program Rebranding Dakwah Workshop pada 2 dan 3 Januari 2010 di Kuliyyah of Medicine, IIUM Kuantan Campus.
2 Januari 2009 – Mr. Amin Idris
- Program hari ini lebih menekankan personaliti yang perlu ada pada seorang dai’e supaya dapat memenangi hati mad’ue.
1. ANALOGI
- Perkara pertama yang perlu dalam berdakwah adalah dengan membuatkan mad’ue suka dan selesa dengan kita. So, dalam berdakwah, perlulah dengan rasa kasih sayang, bukan hanya kerana rasa tanggungjawab atau memikul amanah Allah.
- Dalam dakwah, da’ie perlu berpegang pada konsep win-win situation, bukan win-loss situation.
- Prinsip magnet diri dalam memenangi hati orang lain. Iaitu, kalau kita mahu mad’ue tertarik dan selesa dengan kita, kita perlu melakukan sesuatu yang bertentangan terhadapnya.
Contoh:
- Ingin dikenali – Perlu kenal orang lain
- Ingin dihormati - Perlu hormati orang lain
- Kuasa mengawal dan menguasai – Beri kebebasan dan tidak mengongkong
- Cabaran seorang da’ie adalah pelbagai bergantung kepada peranan yang dipegang, i.e. seorang anak, mahasiswa, pekerja, bapa, dan sebagainya.
- Dalam menghadapi cabaran, seorang da’ie perlu menggunakan topi yang pelbagai, sesuai dengan keadaan. Topi dianalogikan sebagai posisi da’ie apabila berinteraksi dengan orang lain.
- Rasulullah SAW ialah contoh terbaik bagi kita yang mana baginda berjaya dengan cemerlangnya memakai topi yang berbeza dalam pelbagai situasi, i.e. sebagai ketua negara, ketua perang, bapa, pendakwah, bapa dan suami.
2. ENERGI
- Teori konsep diri / imej diri
- Perlu dikuasai untuk membina energi dalam diri.
- Dapat mempengaruhi kita dalam melakukan perubahan dalam diri.
- Bagaimana kita melihat diri? Seorang yang pintar, berkeyakinan, pandai bercakap di khalayak ramai dan rajin, atau seorang yang sangat lemah dalam pelajaran dan kurang keyakinan diri apabila bercakap di khalayak ramai?
- Cara kita melihat diri akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan kita seterusnya.
Contoh: Andai kita melihat diri sebagai seorang yang tidak pandai bercakap di khalayak ramai, perasaan itu akan terus membelenggu diri sehingga kita buang perasaan tersebut dan membayangkan yang sebaliknya.
- Potensi adalah ibarat benih yang perlu disiram. Lakukan amalan-amalan harian, mingguan dan bulanan yang difikirkan boleh membantu untuk memenuhi ciri-ciri da’ie yang berpengaruh.
Contoh: Membaca sirah Rasulullah SAW tentang perjalanan dakwah baginda, membaca buku atau artikel berkaitan communication skills.
3. SINERGI
- Meluaskan empayar persahabatan.
- Konsep SALAM MESRA
S- Sebut nama dan salam
A- Ajukan 3 soalan ringkas
L- Luahkan pujian ikhlas
A- Ajukan 3 soalan tentang apa sahaja
M- Minta diri
M- Mata
E- Ekspresi muka
S- Senyum (senyum tiga)
R- Rapatkan jarak
A- Angguk (memberi perhatian apa yang dicakapkan)
Akan bersambung untuk hari kedua program...
Comments