Betulkan Salah Faham Itu

Sambungan perkongsian daripada program Rebranding Dakwah Workshop...

3 Januari 2009 - Mr. Shah Kirit Kalkulal Govindji

- Program hari ini menekankan tentang pandangan non-Muslim terhadap Islam, bagaimana membetulkan pandangan mereka terhadap Islam dan kepercayaan-kepercayaan yang terkandung dalam agama mereka.

Salah Faham Non-Muslim terhadap Islam

Mengapa peduli?

- Ramai non-Muslim sekarang yang salah anggap terhadap Islam. Mereka memandang Islam sebagai agama yang menyusahkan, menakutkan, tersebar melalui peperangan, mengamalkan keganasan, menindas kaum wanita, dan tidak menghormati hak indidvidu.

- Apabila minda mereka sudah disetkan begitu, susah bagi mereka untuk melihat Islam sebagai sebuah agama yang selamat, sejahtera dan memelihara hak-hak seluruh manusia di muka bumi, malah lagi payah bagi mereka untuk menerima Islam sebagai agama anutan mereka.

- Analogi yang diberikan: Kita ada sebiji gelas yang kotor. Adakah kita akan tuang air yang bersih ke dalam gelas itu untuk diminum? Sudah tentu tidak. Kita akan bersihkan dulu gelas tersebut kemudian barulah isi air ke dalam gelas itu.

- So, kita perlu bersihkan dulu tanggapan, pandangan dan salah faham mereka terhadap Islam sebelum mengajak mereka kepada Islam.

Punca Salah Faham

1. Media - filem, berita, internet dan surat khabar khususnya dari Barat memberi gambaran yang salah tentang Islam. Contohnya, banyak filem yang secara halus menggambarkan orang Islam (contoh: yang berjanggut, berserban) sebagai militan atau pengganas dan menyeksa orang bukan Islam.

2. Prejudis - dari segi agama dan budaya, contoh: poligami, hijab, janggut, puasa. Seringkali dikatakan poligami dalam Islam menindas kaum wanita, manakala orang yang memakai hijab dan berpurdah lengkap kini dianggap berbahaya kerana mereka mungkin dilihat sebagai suicide bomber yang menyembunyikan bom dan bahan letupan di sebalik hijab mereka.

3. Orang Islam
   - Non-Muslim menjustifikasikan agama Islam melalui pemerhatian mereka tentang keadaan orang Islam sekarang.
   - Orang Islam sebagai antara pemegang rekod-rekod jenayah di Malaysia.
   - Tiada usaha daripada orang Islam sendiri untuk betulkan salah faham non-Muslim.
   - Pertelingkahan antara orang-orang Islam sendiri yang menyebabkan kekeliruan dan hilang hormat mereka terhadap Islam dan penganutnya.
   - Non-Muslim selalunya hidup berkelompok dan bergaul dengan golongan Muslim sekular, iaitu Muslim yang tidak mengamalkan ajaran Islam, manakala golongan yang faham agama seperti imam dan ustaz kebanyakannya tinggal berkelompok di kalangan orang Islam. So, non-Muslim mendapat gambaran yang salah tentang Islam melalui golongan Muslim sekular.

Metodologi Menjawab

1. Dengar
    - Dengar dan fahami soalan mereka betul-betul.
    - Jawapan yang diberikan mestilah berdasarkan keadaan orang yang bertanya, i.e. sama ada non-Muslim, orang Islam yang tidak mempunyai asas agama, atau orang yang faham agama. Based on that criteria, kita boleh decide sama ada untuk memberikan jawapan yang berbentuk penerangan, memberi motivasi, atau logik akal.

2. Emosi
    - Jangan marah pada non-Muslim yang bertanya. Ia hanya akan lebih menonjolkan kelemahan kita.

3. Istilah
    - Jangan menggunakan istilah-istilah dalam Islam yang tidak difahami, tapi gunakan bahasa yang mudah.

4. Rasional, logik, objektif, saintifik
    - Berikan jawapan yang membolehkan mereka berfikir secara logik tentang sesuatu perkara sebagai hikmah daripada pelaksanaan hukum-hukum dalam Islam.

5. Data, statistik, rujukan.
    - Sertakan hasil-hasil kajian yang telah dibuat sebelum ini. So, tidak dapat tidak, kena lah banyak membaca.

Cara menjawab secara bijak adalah perlu. Walau bagaimanapun, jawapan yang diberi mestilah berpandukan al-Quran dan as-sunnah, ijma' sahabat, ijma' ulama', qias dan sebagainya. Maknanya tak boleh semberono sahaja dalam memberikan jawapan.

Isu dan Persoalan yang Dibangkitkan

Isu Umum
- Kenapa Islam mengharamkan babi dan arak?
- Keadilan Tuhan dalam menetapkan takdir. Contoh: Orang yang dilahirkan dalam keluarga Islam dengan orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam.
- Balasan neraka untuk orang bukan Islam yang baik dan balasan syurga (setelah mendapat balasan di neraka) untuk orang Islam yang jahat.

Isu Wanita
- Kenapa wanita tidak boleh menjadi imam kepada lelaki di dalam solat?
- Kenapa saf wanita di dalam solat adalah di belakang saf lelaki?
- Pembahagian harta pusaka yang tidak sama antara lelaki dan wanita.

Isu Bermusim
- Hudud
- Kalimah Allah

Mubaligh Kristian
- Muhammad dan Jesus di dalam al-Quran - Kenapa Nabi Isa a.s. (Jesus) disebut lebih banyak di dalam al-Quran berbanding Nabi Muhammad s.a.w?
- Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi terakhir. Tetapi kenapa Nabi Isa a.s. yang akan turun pada akhir zaman, bukan NabiMuhammad s.a.w.?

Penganut Hindu
- Orang Islam sembah berhala (Kaabah).
- Linggam (Tuhan mereka) ada dalam Kaabah.
- Penyembelihan binatang mengikut cara Islam adalah kejam.

Persoalan tentang Nabi Muhammad s.a.w.
- Nabi Muhammad s.a.w. beristeri ramai.
- Nabi Muhammad s.a.w. mengahwini kanak-kanak.
- Nabi Muhammad s.a.w. berkahwin dengan menantu.
- Nabi Muhammad s.a.w. bukan buta huruf.

Menurut Bro. Shah Kirit, ini adalah antara soalan-soalan yang sering ditanya oleh non-Muslim kepada beliau. Terus terang, saya sendiri tidak mampu menjawab kebanyakan soalan ini andai diajukan kepada saya. Beliau kemudian telah membantu kami untuk menjawab beberapa soalan pilihan. Dan saya dapati jawapan yang diberikan agak simple dan logik, bukan sesusah yang saya sangkakan.

Bagi saya, apa yang menyebabkan kita rasa susah untuk menjawabnya mungkin kerana kita tidak punya persediaan yang secukupnya dari segi ilmu agama, penguasaan sirah Rasulullah s.a.w, rasionaliti dan kebijaksanaan ketika berbual atau berdialog dengan mereka.

Dan pada pandangan saya juga, kita perlu mengambil peduli tentang persoalan yang ditimbulkan oleh non-Muslim dan teknik-teknik menjawabnya; bukan hanya untuk 'membersihkan' fikiran mereka dan memelihara kemuliaan Islam, tetapi juga menanamkan keyakinan yang teguh dalam diri kita sendiri sebagai Muslim, bahawa Islam yang kita anuti adalah satu-satunya agama yang benar dan diredhai Allah. Dalam dunia akhir zaman ini, macam-macam hal boleh berlaku yang menggugat keimanan kita.

Semoga dengan usaha kita, dan sudah tentunya dengan kurniaan hidayah daripada Allah SWT, kita akhirnya kembali kepada Allah SWT dalam keadaan bersih, suci dan teguh iman kita pada-Nya.ameen.

Comments

Popular posts from this blog

"Inni Shoimun"

Allah Lihat pada Usaha

Adab Orang yang Meminjam