Apabila Kamu Berpakaian

Baju kurung moden, kurung sutera, kebaya, jubah, abaya, blouse…

Tudung labuh, tudung Wardina, tudung Ikin, tudung bawal, tudung bibik(??), selendang…

Ini yang terlintas dalam fikiran saya. Pasti banyak lagi fesyen baju dan tudung yang ada, yang selalu menjadi bualan dan mencuri tumpuan kaum hawa khususnya.

Oh, lupa. Tulisan ini saya tumpukan pada kaum saya sahaja kerana bagi saya meriahnya industri fesyen adalah kerana banyaknya kategori dan jenis pakaian yang direka untuk kaum perempuan berbanding lelaki. Wanita dan fesyen. Siapa yang dapat menafikan kaitan rapat antara kedua-duanya?

Seingat saya ketika masih bersekolah, saya dikenalkan dengan sejenis tudung, tudung bawal namanya. Memang sangat popular waktu itu, dan masih juga popular sampai sekarang. Kemudian muncul pula tudung Wardina, tudung Ikin...(apa lagi fesyen tudung yang saya tak sebut?). Kemudian sekarang yang makin mencuri perhatian adalah tudung yang saya panggil tudung bibik dan selendang.

Begitulah revolusi yang berlaku dalam industri pakaian. Itu baru tudung, belum sentuh tentang baju lagi.

Fesyen, asal kemunculannya adalah kerana perlunya manusia kepada pakaian, sama seperti perlunya manusia pada makanan dan tempat tinggal. Tetapi, dengan sebab kreatifnya manusia, dan dengan sebab manusia ini memang diciptakan tidak pernah berpuas hati dengan apa yang mereka ada, maka timbullah industri fesyen masa kini yang mengenalkan kita kepada fesyen dan rekaan yang adakala menarik, tapi kebanyakannya pelik.

Dalam Islam, apa tujuan sebenar kita berpakaian? Pastinya kerana ingin menutup aurat, memelihara maruah dan kehormatan diri. Dan menutup aurat adalah suruhan Allah dan satu kewajipan untuk semua lelaki dan perempuan Muslim. Jadi ringkasnya, berpakaian adalah wajib kerana menutup aurat adalah wajib.

Jadi, perhatikan niat kita setiap kali mengenakan pakaian. Kerana ingin menutup aurat (patuh pada perintah Allah), kelihatan cantik, memperagakan pakaian baru, menarik perhatian orang lain, atau apa? Hanya satu niat yang akan memelihara kita daripada kemurkaan-Nya, iaitu kerana patuh pada perintah-Nya. Apabila kita memelihara perkara yang satu ini, insya Allah kita tak akan mudah terikut-ikut dengan fesyen pakaian yang bukan-bukan, yang kononnya bergaya dan mengikut arus fesyen semasa tapi pada masa yang sama masih menutup aurat!

Kalau berpakaian kerana ingin kelihatan cantik dan menarik perhatian, maka segala jenis pakaian yang menyedapkan mata yang memandang akan dicuba. Segala cara memakai tudung akan dipelajari. Baju dan tudung mesti match. Brooch berkelip-kelip dilekat sana sini. Selagi tidak berpuas hati dengan penampilan, selagi itulah menghadap cermin. Apabila dipuji, rasa kembang di hati. Apalagi apabila mendapat perhatian kaum berlainan jenis.

Astaghfirullahal’azim, itu sudah lebih! Sudah terpesong jauh daripada matlamat sebenar dalam berpakaian yang diperkatakan tadi. Jika cara berpakaian juga sudah mampu mendekatkan diri kepada zina (zina mata, zina hati) apalagi yang tinggal pada kita? Jadi, sekali lagi tolong perhatikan niat kita. Jangan hanya kerana niat, dosa percuma pula yang kita dapat.

Berpakaianlah sekadarnya sahaja. Bukan bererti memakai pakaian yang buruk dan kelihatan selekeh, tapi cukup pakaian yang menutup aurat – labuh menutup dada, tidak jarang, tidak ketat dan menampakkan bentuk badan, bersih, kemas dan melambangkan peribadi seorang Muslim.


Kerana pakaian seorang Muslim bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, menarik perhatian dan sebagainya; tapi pakaian seorang Muslim adalah satu penghormatan dan pemeliharaan terhadap maruah dirinya sendiri. Janganlah kita pula yang sanggup membuka aib sendiri dan menarik penghormatan yang diberikan Islam disebabkan cara berpakaian kita.

Wahai kaum hawa! Tutuplah auratmu, peliharalah maruah dirimu.

Comments

Anonymous said…
btol la yg ramai org skrg suka sgt brfesyen dlm brtudung.tp yg dah menepati syrt menutup aurat tu bgusla....yg masih jarang, pendek sgt, dan sarat aksesori tu baiki2la....yg penting, org yg tahu kn la bg tahu pd org ramai ttg cra yg btol
Anonymous said…
btol la yg ramai org skrg suka sgt brfesyen dlm brtudung.tp yg dah menepati syrt menutup aurat tu bgusla....yg masih jarang, pendek sgt, dan sarat aksesori tu baiki2la....yg penting, org yg tahu kn la bg tahu pd org ramai ttg cra yg btol
nasuha said…
Em, betul.

tp selalunya apa yg nak diberitahu tu tersekat kat hati je.

Ya Allah, berilah kekuatan!

Popular posts from this blog

Yang Patut Kita Ambil Tahu 1 - Gerakan Kristianisasi

Allah Lihat pada Usaha

"Inni Shoimun"