Di Balok Kita Bertemu

Alhamdulillah, dengan izin-Nya jua, saya akhirnya menjejakkan kaki ke Balok Seaview, Kuantan pada weekend yang lepas untuk satu program mukhayyam khusus untuk wanita. Pada awalnya, hati masih berperang antara rasa ikhlas dan tidak memandangkan ada presentation dan satu lagi paper mid-term exam yang menanti saya minggu ini. Tapi, tidak adil rasanya beralasan demikian. Orang lain juga punya kesibukan mereka yang tersendiri, malah mungkin lebih sibuk daripada saya. Maka saya gagahkan juga untuk hadirkan diri dan hati di program tersebut.

Dan ternyata perkara pertama yang ditekankan di awal program adalah niat. Consultant jemputan, Pok Nik, menyuruh kami menulis niat kami hadir dalam program ini pada setiap helaian modul yang diberikan kepada kami sebagai reminder. Disebabkan hati saya masih terumbang-ambing waktu itu, akhirnya saya tulis pada helaian modul,

“Sahaja aku datang program kerana Allah Taala”

Saya rasa itu yang paling sesuai untuk ditulis untuk terus menetapkan hati dan fikiran saya dalam program ini hingga ke akhirnya, walaupun agak pelik bunyinya - macam niat solat je, nasib baik tak kena baca niat ni depan orang lain. Lagipun, entah kenapa dan di mana silapnya, akhir-akhir ini saya seperti kehilangan semangat dan rentak dalam meneruskan kerja dakwah. Jadi saya fikir mungkin dengan datang program mukhayyam ini dengan niat yang betul, insya Allah dapat mengembalikan semangat yang pudar.

Ini kali kedua saya berprogram bersama dengan Pok Nik. Kali pertama bulan tujuh tahun lepas, ketika di awal-awal semester. Disebabkan ini adalah kali kedua, saya cuba mempersiapkan diri dan fikiran dengan cara pengendalian dan pendekatan Pok Nik sepertimana program yang lepas. Walaupun menggunakan khidmat consultant yang sama, ternyata modul yang disediakan untuk kami tetap berbisa. Kurang dua hari yang diperuntukkan digunakan sepenuhnya, sehinggakan nota yang saya bawa untuk dibaca (kononnya) pada waktu-waktu senggang langsung tidak sempat dibuka apatah lagi untuk dibaca.

Program mukhayyam kali ini bagi saya lebih menekankan aspek hubungan manusiawi - antara daie dengan mad’ue dan antara ahli-ahli usrah atau jemaah sendiri - berbanding program yang lepas yang bagi saya lebih kepada kerja dan sumbangan untuk jemaah.

Daripada enam games yang kami lalui dan juga aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan pada hari pertama, rumusan daripada games lebih ditekankan pada aspek dan perkara yang dianggap remeh dan tidak diambil berat oleh kebanyakan kita – kasih sayang, ambil cakna (kisah), dan hubungan hati antara kita dengan orang lain. Sedangkan kita berhubung dengan manusia yang punya hati dan perasaan.

Hati yang bukan saja perlu dilenturkan dengan peringatan berupa ayat-ayat al-Quran dan hadis, tetapi perlu juga dilunakkan dengan ungkapan dan tindakan yang menunjukkan kasih sayang, ambil berat, prihatin, ikhlas dan sebagainya. Semua ini sebenarnya lebih mudah menyentuh hati naluri manusia. Bukan hanya antara daie dengan mad’ue tetapi juga ketika berada dan bekerja dalam satu jemaah dan ketika menerima dan menjalankan arahan ketua, yang mana semuanya memerlukan hubungan hati.

Oh ya, lupa nak beritahu. Uniknya mukhayyam kali ini kerana menggabungkan three different levels of generationstudent sekolah, student IPT, dan juga kakak-kakak dan makcik-makcik yang sudah bekerja dan berumahtangga. Mungkin nampak janggal dari segi umur dan status peserta apabila dibahagikan secara sama rata kepada goup-group kecil, tetapi keserasian tetap wujud dan tugasan yang diberikan dalam setiap aktiviti boleh dilaksanakan dengan mudah tanpa ada halangan usia dan sebagainya. Golongan senior banyak memberikan idea untuk mengaitkan aktiviti yang dijalankan dengan kerja-kerja dalam lapangan dakwah sementara kami yang junior ni lebih banyak memberi sumbangan dari segi tenaga dan fizikal. Tetapi akhirnya kekuatan dan kelebihan yang ada pada setiap individu dalam kumpulan tanpa mengenal usia akan saling melengkapkan dan menyempurnakan kumpulan tersebut.

Hari kedua tidak kurang juga hebatnya. Dimulakan dengan sesi pembentangan terompah gergasi yang direka khas daripada kotak dan komponen tapak terompah mestilah ada telur yang dibekalkan. Kualitinya diuji dari segi ketahanan telur supaya tidak pecah apabila dipijak dan dipakai. Di bawah ni adalah antara gambar yang sempat diambil.

Ini terompah kumpulan saya, berjenama PADINI..





Siapa sangka di bahagian tapak terompah-terompah ni ada empat biji telur...

Aktiviti-aktiviti seterusnya adalah berbentuk fizikal. Memang menguji kesabaran apatah lagi matahari semakin meninggi. Terpaksa juga menahan panas terik matahari di tepi pantai sehinggalah ke pukul 12.30 tengahari.

Pulang dari mukhayyam, seluruh badan terasa sakit-sakit dan kulit muka rasa terbakar semacam je. Tapi setakat yang itu, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan keperitan, kesakitan dan kepayahan Rasulullah dan orang-orang mukmin ketika fasa awal penyebaran Islam. Penderitaan mereka lebih dahsyat, apatah lagi mereka dalam keadaan serba kekurangan. Tapi saya, dapat makan yang sedap-sedap, tidur dalam chalet yang ada aircond atas katil yang empuk.

Memang jauh perbezaan antara kita dan mereka. Memang tak layak untuk dibandingkan dengan keteguhan iman mereka.

Tapi, masih lagi merungut! Boleh pulak macam tu ye..
 

Comments

macammana nak sertai geng usrah nie? mcm berminat nak serytai

Popular posts from this blog

Allah Lihat pada Usaha

Yang Patut Kita Ambil Tahu 1 - Gerakan Kristianisasi

"Inni Shoimun"