Pemilik Hati Manusia

“After I read through this slide (of lecture), I’ll tell and teach you based on my understanding on this topic using my own words. And when those words reach your brain and being processed there, you’re able to understand what I’m trying to say and convey to you. And with that understanding, you’re then able to interpret what I’ve taught and rephrase them in your own words, but still in the same meaning as I’ve taught you. So, ‘what’ is essential there to cause this topic can be understood in the same way even though using different words?”

Begitulah lebih kurang, antara butir pertanyaan lecturer saya, Dr Tariq, yang dapat saya ingat ketika lecture Hematology and Oncology semester lepas.

Semua diam, cuba berfikir secara kritis, memandangkan soalan-soalan Dr Tariq di dalam kelas sebelum ini pun kebanyakannya berbentuk critical thinking.

Melihatkan semua students beliau diam, Dr pun kata,

“Don’t think too far. Think it as only a simple question.”

Ada yang cuba menjawab tapi tidak memenuhi kriteria jawapan yang beliau mahukan.

Akhirnya, persoalan tersebut dileraikan oleh beliau sendiri. Mungkin sudah penat menunggu dan tak mahu membuang masa. Jawapan beliau lebih kurang begini,

“It is God (Allah). It is He Who allows me to understand certain knowledge, convey them to you using my own words, and make you understand and interpret that knowledge using your own words.”

Ya, kita jarang memikirkan ‘keterlibatan’ Allah SWT dalam proses menyampaikan dan menuntut ilmu. Kita hanya meletakkan peranan perkara-perkara teknikal dan sampingan seperti tumpuan, bahasa, penceramah atau pensyarah, gangguan-gangguan seperti keadaan bising dan sebagainya.

Elemen-elemen tersebut, memang tak dinafikan mempengaruhi proses komunikasi, sepertimana yang tercatat dalam teori-teori komunikasi efektif. Walau bagaimanapun, peranan Allah SWT sebagai Penguasa Yang Maha Agung langsung tidak dapat dinafikan dalam menerangkan dan memahamkan hati-hati manusia yang menerima mahupun yang menyampaikan ilmu.

Buktinya, selalu sahaja terjadi, walaupun guru, penceramah atau sesiapa sahaja yang menyampaikan ilmu bersungguh-sungguh, bersemangat dan lantang bercakap dan berceramah, tetapi di kalangan pendengar dan menerima ilmu, pastinya ada segolongan yang langsung tak dapat apa-apa, apatah lagi untuk menyampaikan semula kepada orang lain. Atau vice versa. Lecturer atau orang yang berceramah bukanlah sedap sangat, suara pun mendatar dan slow sahaja, tapi tak mustahil ada di kalangan pendengar yang menyerap, terkesan 100% dengan ilmu yang disampaikan.

Semuanya tidak mustahil jika persoalan ini diambil kira: Siapa Pemilik hati dan ilmu?

Jawabnya Allah SWT.

Jadi kira-kiranya, hati yang bagaimana bisa menyampaikan ilmu Allah dengan berkesan, dan hati yang bagaimana bisa menerima ilmu Allah dengan berkesan juga?

Tentunya hati yang bersih dan ikhlas memberi dan juga hati yang bersih dan ikhlas menerima.

Da’ie dan Mad’u

Kita aplikasikan konsep yang sama dalam berdakwah. Antara da’ie dengan mad’u.

Saya ambil contoh, seorang naqib/ah pasti menghadapi pelbagai kerenah dan masalah daripada anak usrahnya. Ada yang sudah hilang semangat, yang sekejap ada sekejap tak ada, yang pandai bercakap tapi tak buat apa-apa, yang tiba-tiba hilang tanpa berita, dan sebagainya. Ini menunjukkan ada masalah dalam proses pembinaan jiwa yang sedang dilalui.

Betul, dalam berdakwah, sudah lumrah, ada yang menerima dan ada yang akan menolak. Dan faktor penolakan adalah pelbagai. Saya tidak mahu menyentuh faktor-faktor seperti kaedah berdakwah dan strategi yang tidak betul dan sebagainya, tapi mahu mengajak anda yang menganggap diri sebagai da’ie menyuluh ke dalam diri sendiri, menilai kebersihan dan ketulusan hati sendiri ketika mengajak mad’u kepada agama Allah.

Hati kita yang kotor, tidak mustahil akan menjadi pendinding dan hijab kepada sampainya ilmu dan hidayah Allah ke dalam hati orang lain. Apa yang kita sampaikan tidak mampu dihayati dan dinilai oleh mad’u walau selantang mana pun kita bersuara dan secantik mana pun bahasa kita. Mungkin kerana dosa yang kita lakukan, atau mungkin kita hanya pandai mengajak orang lain berbuat baik tapi diri sendiri tak pernah lakukan.

Maka dalam usaha memenangi hati manusia, mengapa tidak dalam masa yang sama muhasabah diri sendiri, bersihkan hati, dan mohon keampunan daripada segala dosa; supaya salah satu hijab yang menghalang daripada sampainya ilmu dan hidayah Allah terangkat, dengan izin-Nya. Mengapa tidak kita mulakan usaha tersebut dengan melihat apa yang tidak kena pada diri sendiri dulu, sebelum melihat apa yang tidak kena dengan strategi kita, apatah lagi apa yang tidak kena pada mad’u kita.

Kunci hidayah ada pada-Nya.

Sambil berusaha memperbaiki diri, pohonlah doa dan harapan kepada-Nya semoga mad’u kita menerima agama Allah yang dibawa. Itu lebih baik daripada terus-terusan menyalahkan keadaan atau terus-terusan meletakkan segala kekurangan dan kesalahan pada orang lain.

Comments

mutiara bd said…
Mantooppp.. Ana suka. Perjuangan perlu diteruskan
nasuha said…
trima ksh. nt laaagi mantop..

selamat meneruskan perjuangan!

Popular posts from this blog

Yang Patut Kita Ambil Tahu 1 - Gerakan Kristianisasi

"Inni Shoimun"

Allah Lihat pada Usaha