Manusia Menilai, dan Allah Menilai

"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti."
(al-Hujuraat: 13)

Allah memandang dan membezakan antara hamba-Nya hanya pada ketaqwaan. Bukan pada rupa, pangkat, harta, bangsa dan keturunan. Ketaqwaan, suatu yang bersifat batiniah. Ukuran sebenar ketaqwaan seseorang hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Bahkan diri sendiri tidak dapat menjamin dan mendakwa dirinya adalah mukmin yang benar-benar bertaqwa.

Sangat tersembunyi, teliti dan halus. Dan saya kira sesuatu yang sangat halus dan teliti penilaiannya adalah sesuatu yang sangat mahal. Ya, nilaian ketaqwaan adalah nilaian yang sangat mahal. Dan ia adalah nilaian yang paling mahal kerana hanya Allah sahaja yang selayaknya menjadi Penilai.
Namun, kita, kebanyakan manusia cenderung menilai diri sendiri dan orang lain dari sudut lahiriah.Sesuatu yang nampak pada mata kasar. Kekayaan, kecantikan, keturunan dan pangkat adalah antara parameter yang diguna pakai oleh manusia ketika membuat penilaian. Maka berlumba-lumbalah manusia sekarang mengejar apa-apa yang menjadi penilaian manusia.

Tetapi, adakah segala yang dikejar itu kekal? Sudah tentu tidak. Dan saya kira sesuatu yang tidak kekal, musnah ditelan masa adalah sesuatu yang tidak berbaloi untuk dinilai. Dan yang menilainya pula adalah manusia. Yang boleh jadi menilai secara tidak adil dan penilaian mereka tentulah pelbagai berdasarkan cara fikir mereka.

Begitulah kontranya penilaian Allah dan penilaian manusia.

Sesiapa yang yakin dengan parameter yang diguna pakai oleh Allah (ketaqwaan) dan balasan baiknya (syurga), maka dia akan sedaya upaya mengarah jalan hidupnya ke arah ketaqwaan kepada Allah. Sebaliknya sesiapa yang hanya nampak parameter yang diguna pakai oleh kebanyakan manusia hari ini (material), maka dia akan leka mengejar kehidupan dunia dan segala isinya.

 

Saya terfikir, seandainya sahaja manusia di muka bumi ini berlumba-lumba meningkatkan ketaqwaan yang menjadi penilaian Allah, sudah tentu tiada rasa hasad dengki, rasa tidak puas hati, gila kuasa dan pangkat, bangga dengan kelebihan diri, dan sebagainya yang menjadi punca pengkhianatan, pergaduhan dan bunuh-membunuh antara manusia.

Tapi, itulah hakikat hidup di dunia. Tempat untuk menguji manusia. Ada yang akan berjaya dan ada yang akan gagal. Terus berusaha dan pohonlah kepada-Nya semoga kita digolongkan dalam golongan muttaqin.ameen.

Comments

Azila said…
salam..apa khabar?
terima ksh shuhada...peringatan bt ila yg mudah lupa..

mcm ustz pahrol tulis...ahli sufi sekalipun masih btanya adakah Allah ada didalam hatinya.
nasuha said…
waalaikumussalam ila..alhamdulillah sihat.

sama2,pringatan utk diri sndiri jgk sebenarnya.

trima ksh jgk kt ila sbb brkongsi sst di sini.
Azila said…
lama sgt tak jumpa...
skrg praktikal ye?
nasuha said…
tu la ila..

tak tau la bila lg blh jmpa.ila pegi konwanis x?

dh nak hbs dh praktikal ni, mggu dpn.
Jiwa Hamba said…
Mohon share dlm blog saya.
Unknown said…
This comment has been removed by the author.

Popular posts from this blog

Allah Lihat pada Usaha

Yang Patut Kita Ambil Tahu 1 - Gerakan Kristianisasi

"Inni Shoimun"