Cerita
2 bulan sebelum hari kejadian, seluruh pelusuk bandar telah diuar-uarkan tentang acara gilang-gemilang itu. Iklan dalam pelbagai bentuk ditampal dan digantung di sana sini, tidak ketinggalan disiarkan juga di media massa. Semuanya bagi memastikan rakyat bersiap sedia untuk hari tersebut dan majlis yang berlangsung akan berjalan dengan jayanya.
Semua rakyat diwajibkan hadir, tiada seorang pun terkecuali, melainkan bayi dan kanak-kanak kecil. Seandainya ada yang tidak dapat hadir, mereka mestilah menyatakan sebab dan alasan yang paling kukuh. Seandainya ada pula yang tidak hadir ke majlis tersebut dengan sengaja, mereka bakal menerima hukuman daripada pihak pemerintah.
Kenapa sampai begitu sekali? Penting sangat ke majlis tu?
Ya, memang penting. Sebab seorang tetamu yang sangat istimewa akan hadir. Maka seharusnya persediaan yang sangat rapi mesti dilakukan. Sambutan yang meriah mesti dijalankan. Kalau tak, semua akan mendapat malu. Tambah-tambah lagi, tetamu istimewa tersebut menjanjikan surprise kepada semua penduduk yang datang. Surprise yang tak ternilai harganya. Jadi, sangat rugi bagi mereka yang tak menghadirkan diri. Dapat hukuman percuma lagi daripada pemerintah.
Mereka yang bersikap acuh tak acuh tentang persediaan untuk majlis itu pasti menghadapi masalah pada hari kejadian. Tak tahu apa yang perlu mereka lakukan pada saat mereka yang bersedia sepenuhnya bertungkus lumus melakukan kerja masing-masing. Pakaian mereka juga tidak menepati ciri-ciri yang sepatutnya untuk majlis besar sebegitu. Itulah padahnya apabila tidak mendengar kata. Semuanya akan menjadi serba tak kena.
Berbeza dengan mereka yang membuat persediaan rapi, kegembiraan yang tak terkata pasti dirasai. Gembira kerana usaha mereka selama ini telah dapat menjayakan dan melancarkan majlis tersebut, walaupun mereka terpaksa bersusah payah sebelum itu.
Memang begitulah adat dan peraturannya. Ganjaran yang diperolehi adalah menurut usaha masing-masing.
*****************************************************
Cerita di atas hanyalah gambaran persediaan dan cara kita menyambut kedatangan Ramadhan. Kita mungkin dalam kelompok 'mereka yang tak bersedia' itu. Tapi, usah bimbang, kerana masih ada peluang selama lebih kurang 28 hari lagi untuk memperbaiki apa yang kurang. Rebutlah peluang Ramadhan yang diberikan kepada kita pada tahun ini dengan sebaik-baiknya. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya.
*Menyambut Ramadhan dalam kekalutan hidup. Semoga diberikan kekuatan dan kemudahan oleh Allah SWT. ameen

Comments
ramadan kareem ^_^
wallahu akram!
selamat berpuasa buat terakhir kalinya kt sana..