Ikhlas.Redha.Sabar
Ikhlas. Redha. Sabar.
Antara sifat mahmudah yang saya kira susah dipupuk, juga payah untuk terus-terusan beramal. Bak kata kumpulan nasyid Hijjaz:
Inilah sebahagian sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki payah dijaga
Hanya yang punya yang bermujahadah
Ikhlas. Pasti akan diuji dengan rasa riya', 'ujub, dan melakukan sesuatu kerana manusia atau apabila ada tujuan-tujuan tertentu. Niat ikhlas di hati mudah dibolak-balikkan. Sekejap ikhlas, sekejap tak ikhlas. Ataupun memang dari awal-awal tak ikhlas. Sebab itu pentingnya kita sentiasa memperbaharui niat untuk buat sesuatu hanya kerana Allah.
Ikhlas ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu hitam pada waktu malam yang gelap gelita.
Ikhlas itu hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kerana sifat ini tersembunyi di dalam hati. Mulut mudah berbicara menyatakan, "Saya ikhlas...", tapi tiada siapa yang dapat memastikan benarnya niat ikhlas seseorang, bahkan diri sendiri pun kadang-kadang tak mampu mentafsirkan apa niat sebenar di hati. Terlalu halus dan tersembunyi.
Belajarlah untuk menerima segala takdir Allah. Belajarlah untuk menerima ujian sebagai suatu yang menggembirakan. Belajarlah untuk merasai segala yang baik dan buruk itu sebagai anugerah daripada Allah. Anugerah yang bermaksud, peluang yang diberikan oleh Allah kepada kita untuk meningkatkan iman, dengan terus bersyukur atas segala nikmat dan bersabar di atas segala ujian.
Sabar. Lawannya adalah sifat mazmumah seperti marah dan gopoh. Ketika marah, hilang segala kewarasan. Ketika gopoh, hilang segala ketenangan. Ketika menerima ujian yang memeritkan, tahap kesabaran juga yang akan menentukan reaksi seseorang. Sama ada nak mengamuk, meraung, lemparkan kata-kata kesat, bertenang, atau senyum saja.
Sabar ibarat air yang tenang. Tiada riak yang kelihatan. Apabila rasa marah, sifat sabar yang akan meredakan. Ketika gopoh dalam melakukan sesuatu, sifat sabar yang akan menenangkan. Ketika ditimpa ujian, sifat sabar yang akan menahan hati daripada terus-terusan bersedih dan akhirnya redha terhadap ujian yang diberi.
Dan akhirnya, ingatlah bahawa semua sifat mahmudah ini adalah suatu bentuk praktikal, bukan teori. Malah, semua bentuk akhlak adalah praktikal, bukan sekadar kata-kata. Kerana itu kita akan sentiasa diuji sejauh mana kita beramal dan berterusan mengamalkan sifat-sifat ini. Sehingga ia terzahir bukan hasil daripada paksaan, penipuan, atau kepura-puraan, tetapi akhlak al-karimah yang sudah sedia tertanam dalam diri dan hati.
Redha. Teruji terutamanya apabila diri ditimpa takdir yang tidak menyenangkan hati, menyedihkan, berlawanan dengan keinginan diri sendiri. Ketika diri dianugerahkan Allah dengan suatu nikmat, rasa gembira dan bersyukur tidak putus-putus dirasai. Tetapi tatkala diri diberi Allah dengan suatu ujian yang tidak menyenangkan hati, keluar keluhan, "Kenapa aku ditakdirkan begini? Kenapa nasib aku tak sebaik orang lain?"

Comments