Puasa Ruhaniyat: Kenangan Ramadhan
Bulan puasa ni, apabila ada di kalangan rakan-rakan sekelas saya yang bergurau, cakap bukan-bukan, loyar buruk, dsb. pasti ada yang akan sound,
"Weh, tengah puasa ni!"
Bertujuan untuk mengingatkan, time puasa begini, lidah dan segala pancaindera kenalah jaga, bukan hanya setakat tahan lapar dan dahaga.
Apabila melihat dan mendengar babak-babak biasa macam tu di kalangan rakan-rakan sekelas, terkenang pula zaman saya ketika masih sekolah rendah dulu. Ketika masih tak faham (dan tak mahu faham) erti puasa sebenar. Hanya setakat tahu tak boleh makan dan minum. Itu saja.
Kalau tak silap, puasa ketika tu jatuh pada waktu cuti akhir penggal sekolah. Siang terasa sangat panjang sebab tak perlu pergi sekolah. Waktu di antara tengah hari dan asar adalah 'peak hours' bagi saya. Time tu lah perut tersangat lapar, tubuh tersangat lembik, dan waktu yang paling bosan. Nak makan, tak boleh; nak study, tak tahu nak study apa sebab lambat lagi buka sekolah.
So, option saya dan adik beradik untuk 'mempercepatkan masa' untuk berbuka mestilah tengok TV. Kebetulan time tu, ada satu cerita Cina yang memang kami minat. Waktunya dalam pukul 2 atau 2.30. So, kami cepat-cepat solat zohor dan mengaji siap-siap. Tapi sebenarnya, bukan semudah yang disangka untuk nonton TV time puasa. Masing-masing takut nak on TV sebab mesti kena marah dengan ayah. Tak pun, tengah sedap-sedap tengok cerita, ayah off kan TV. Kalau tak kena off pun, kena perli, "Tak ada dah pahala puasa hari ni." Lalu automatically, kami pun tak ada mood dah nak tengok cerita lepas tu.
Dalam banyak keadaan, saya memberontak, tapi cuma dalam hati. Kenapa tak boleh tengok TV? Orang lain boleh je, tak ada kena marah pun. Selalunya, 'orang lain' yang saya refer ialah sepupu saya. Betul. Dia sedap-sedap je boleh tengok cerita, tak kena marah pun dengan mak ayah dia? Saya betul-betul tak faham. Rumahnya agak dekat dengan rumah kami. Dan kadang-kadang apabila ada peluang untuk ke rumahnya, seperti disuruh emak untuk hantar atau ambil makanan ke, saya tak lepaskan peluang tu. Sambil menyelam minum air. Boleh la tengok cerita kat rumah sepupu.
Tersenyum saya kembali mengingatkan semua itu. Itu cerita zaman kanak-kanak.
Semakin saya menginjak usia remaja dan dewasa, saya cuba sedaya upaya memahami erti puasa yang sebenar. Itu pun setelah mendengar berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus tazkirah atau ceramah tentang puasa pada setiap kali datangnya Ramadhan. Betapa payah untuk memahamkan dan sentiasa mengingatkan diri bahawa puasa itu komponennya bukan hanya puasa syariat, tetapi juga puasa ruhaniyat.
Puasa syariat adalah menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkannya dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Puasa ruhaniyat pula lebih mendalam pengertian dan pelaksanaannya. Selain perlu menjaga perkara-perkara di atas, kita juga perlu memelihara pancaindera dan fikiran daripada perkara-perkara yang keji.
Antara perbezaan utama di antara kedua-duanya ialah, puasa syariat ada waktu berbukanya dan terikat dengan masa yang hanya sementara, tapi puasa ruhaniyat berjalan terus walaupun matahari sudah terbenam, walaupun mulut sudah merasa makanan. Maka tidak seharusnya timbul situasi begini: Menjaga mulut/lidah di siang hari, tetapi mengumpat ketika waktu berbuka.
Apabila puasa ruhaniyat betul-betul dilaksanakan selama sebulan berpuasa, insya Allah kita dapat merasai bagaimana madrasah Ramadhan itu dapat mendidik kita untuk menjadi hambaNya yang bertakwa, bukan hanya di bulan Ramadhan, tetapi untuk bulan-bulan seterusnya.
Dan dari situ juga dapat difahami bahawa kita memelihara pancaindera dan meninggalkan segala yang melalaikan itu bukan semata-mata kerana kita sedang berpuasa atau kita berada di bulan Ramadhan, tetapi atas dasar melaksanakan perintahNya. Ramadhan itu bukan Tuhan. Ramadhan hanyalah suatu kurniaan daripadaNya sebagai satu turning point untuk kita merubah segala kekurangan dan kelemahan pada diri dan amalan kita.
Kini saya perlahan-lahan semakin mengerti kenapa dulu saya diajar ayah supaya tidak menonton TV ketika puasa. Kerana puasa itu bukan ibadat biasa, jauh sekali satu adat, tapi punya objektif yang tersendiri di akhirnya. Objektif yang telah ditetapkan oleh Allah - mencapai darjat taqwa.
Zaman sudah semakin maju dan mencabar. Bukan hanya setakat TV yang terhidang di depan mata. Capaian internet yang semakin mudah, pelbagai laman web sosial, VCD, games, dsb. Semuanya siap sedia untuk melalaikan kita.
~Sekadar peringatan untuk diri sendiri yang kini tidak lagi kena marah-marah macam dulu, sebab dah besar panjang, pandai-pandai la fikir sendiri..
Selamat meningkatkan amal dan memburu Lailatul Qadr!

Comments