Stamina

Seperti biasa, saya menapak ke lif untuk naik ke lab di tingkat 3. Sampai di depan lif, ada seorang makcik cleaner yang agak berusia berbanding makcik-makcik cleaner yang lain, baru juga sampai kat situ. Dan makcik tu bersuara, “Laa… baru nak naik ke..”. Saya memandang ke paparan yang menunjukkan pergerakan lif. Betul, lif baru je bergerak naik ke tingkat 1. Menandakan kami perlu tunggu lebih lama sebelum dapat naik ke atas.
Makcik cleaner tadi terus berjalan ke arah tangga ‘berlingkar’ yang ada di sebelah kanan kami dan naik ke atas menggunakan tangga. Fikir saya, mungkin dia hanya naik ke tingkat 1 dan mahu cepat, sebab tu dia sanggup gunakan tangga. Dan saya terus menunggu lif, tak sanggup panjat tangga kerana terasa penat berjalan dari bangunan kulliyyah bersebelahan. 
Saya masuk sebaik saja lif terbuka, dan saya nampak yang makcik tadi dah hampir sampai ke kepala tangga tingkat . Tiba di tingkat 3, saya keluar daripada lif. Dan apabila saya toleh ke kiri, makcik cleaner tadi sedang berjalan daripada arah tangga tingkat 3. Saya terkejut, bercampur malu. Makcik tadi bersuara lagi, “Sama je kan??”. Saya hanya tersengih mengiakan.
Kami kemudian berjalan beriringan. Lalu saya pun tanya, “Makcik umur berapa?” “Tahun ni genap 70 dah…” Mendengarkan jawapannya, saya bertambah-tambah malu.
“Makcik makan apa masa muda-muda dulu?” tanya saya lagi. “Banyak makan sayur dan ulam…” jawabnya ringkas. Saya masih ingin terus buka mulut tapi perbualan kami hanya setakat itu kerana setelah itu masing-masing berlainan haluan.
Beza sungguh orang dulu dan sekarang dari segi stamina dan tahap kesihatan. Meskipun kemudahan kesihatan dulu sangat terhad berbanding sekarang, tapi orang dulu-dulu tahu jaga tabiat makan dan urus tabiat hidup mereka, yang mana kedua-duanya sangat mempengaruhi kesihatan sepanjang hayat manusia. Mereka tak pernah kenal makanan segera, makan hanya apa yang ada, sayur-sayuran pun hasil cucuk tanam sendiri. Mereka mana boleh duduk bersenang-lenang tanpa buat apa-apa kerja.
Orang sekarang selalu tak ambil kisah tentang tabiat makan dan cara hidup. Apa yang ternampak dan terasa sedap, semuanya masuk mulut. Malah berlebih-lebihan pula. Kerja sekarang pun bukan berat sangat dan perlu keluarkan banyak peluh. Jadi, tak hairanlah muda-muda lagi dah berulang-alik ke klinik sebab dapat penyakit diabetes, sakit jantung, darah tinggi, dan seumpamanya.
Jawapan makcik cleaner tadi berulang-ulang dalam kotak fikiran ketika meneruskan perjalanan ke lab. Banyakkan makan sayur dan ulam… Tapi kan, sayur-sayuran sekarang pun dah banyak kena siram dengan racun, itu yang nampak segar semacam je. Dan banyak pula genetic modification nya.
Tiba-tiba terasa dunia ni dah penuh dengan makanan yang tak selamat lagi untuk dimakan.

Comments

Anonymous said…
kak, genetic modification bahaya ke..

soalan ikhlas ex-biotech student

Popular posts from this blog

Yang Patut Kita Ambil Tahu 1 - Gerakan Kristianisasi

Allah Lihat pada Usaha

"Inni Shoimun"