Azam Baru
Hari ini hari terakhir untuk tahun 2009 Masihi. Sedih pula rasanya apabila perlu ‘berpisah’ dengan satu tahun yang saya kira banyak merakamkan kisah-kisah yang tak terduga dalam hidup saya. Menyedarkan saya betapa tersusunnya takdir Allah dan betapa kerdilnya diri ini di sisi-Nya. Dan esok, hari baru untuk tahun baru 2010 Masihi akan menemui kita, insya Allah. Tahun baru, selalu saja diiringi dengan azam baru. Saya juga begitu. Tapi itu waktu dulu-dulu. Zaman sekolah rendah. Terlalu teruja dan bersemangat membuat azam baru setiap kali tahun baru tiba kerana waktu itu juga sekolah akan dibuka setelah cuti akhir tahun yang panjang. Sehinggakan apabila saya menonton wartawan berita menemuramah murd-murid dan pelajar-pelajar di sekolah ketika hari pertama persekolahan, saya juga membayangkan dan mengangankan perkara yang sama. Supaya saya dapat beritahu pada semua orang apa azam saya pada tahun baru. Huh, zaman sekolah. Macam-macam benda pelik yang diangan-angankan. Tapi yang pas...